Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

124) OPERASI PEMATUHAN SOP

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah penguatkuasa PBT ada membuat pemeriksaan ke atas kilang yang tidak termasuk essential sektor yang beroperasi secara haram di masa PKP ini?

    Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak Majlis ada melakukan pemeriksaan bersama pihak Polis Diraja Malaysia, Pejabat Daerah/ Tanah Klang, Pejabat Kesihatan Daerah Klang bagi membuat pemeriksaan ke atas kilang termasuklah sektor bukan essential yang beroperasi secara haram. Sebanyak 29 kilang bukan essential telah dikenalpasti beroperasi tanpa kebenaran sehinga 31 Julai 2021.

  2. Berapakah operasi bersepadu pematuhan SOP yang telah dilakukan oleh pihak Polis, Imigresen dan PBT di Meru dan apakah kesalahan utama yang dilakukan oleh pihak kilang?

    Sebanyak 65 operasi bersepadu pematuhan SOP telah dilaksanakan sehingga 31 Julai 2021 di kawasan Meru. Antara kesalahan utama yang diambil tindakan adalah:

    i. Sebanyak 8 Kompaun telah dikeluarkan dibawah UUK Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007 bagi kesalahan beroperasi tanpa lesen Majlis;

    ii. Sebanyak 39 Kompaun telah dikeluarkan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (342) 1988 bagi kesalahan melanggar SOP PKP;

    iii. Sebanyak 5 Notis Penutupan dikeluarkan dibawah Seksyen 18 (1) (F) bagi kesalahan berpotensi penyebaran penyakit berjangkit;

    iv. Sebanyak 1 Notis dikeluarkan pemilik premis untuk menambahbaik SOP.

Lampiran

Tiada Lampiran.