Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
2) OPERASI LORI SIMEN KONKRIT
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Agensi manakah yang mengawal lesen dan operasi lori simen konkrit (lori siput) di Selangor?
Tidak menerima maklumbalas daripada SPAD.
-
Mohon nyatakan jumlah lesen yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2016
Tidak menerima maklumbalas daripada SPAD.
-
Tumpahan simen konkrit di jalanraya kerap berlaku. Apakah langkah yang diambil untuk mencegah berlakunya tumpahan simen konkrit di jalanraya?
Langkah yang diambil untuk mencegah berlakunya tumpahan simen konkrit di jalan raya adalah seperti berikut :
- Untuk pemajuan besar, loji pembancuh konkrit adalah digalakkan diletak di dalam tapak pembinaan yang telah diberi kelulusan untuk membekal konkrit untuk pembinaan di tapak sendiri sahaja;
- Peletakan loji-loji pembancuh konkrit dihadkan kepada beberapa lokasi yang tertentu, khususnya jauh dari kawasan kediaman dan loji-loji pembancuh konkrit ini boleh membekalkan konkrit ke lain-lain tapak pembinaan;
- Mengawal dan menghadkan masa operasi untuk loji-loji pembancuh konkrit; dan
- Kawalan lebih ketat mengenai perjalanan lori-lori yang membekalkan konkrit, mengawal dan menghadkan jarak dan bilangan bagi lori-lori yang membekal konkrit.