Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

26) OPERASI KUARI GERAK HARAPAN DI BATU 11, JALAN CHERAS, HULU LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah operasi kuari milik Gerak Harapan di Batu 11, Jalan Cheras, Hulu Langat akan tamat lebih awal daripada tempoh lanjutan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu sehingga Mac 2017? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Buat masa ini, tarikh penutupan kuari Gerak Harapan di Batu 11, Cheras Daerah Hulu Langat masih kekal iaitu sebelum/pada 1 Mac 2017 memandangkan beberapa isu teknikal bagi tapak kuari baru di Mukim Hulu Langat masih belum diselesaikan sepenuhnya untuk memulakan operasi kuari. Antaranya:

    • Perolehan Letter of Authorisation to Quarry (LAQ) daripada Jabatan Mineral dan Geosains
    • Kelulusan permit bahan batuan (permit 4C) daripada Pejabat Tanah Hulu Langat
    • Kerja-kerja overburden removal di tapak baru
    • Kelulusan jajaran jalan keluar masuk daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Hulu Langat sentiasa membuat pemantauan dan memberi peringatan kepada pihak kuari agar semua kerja operasi pengkuarian perlu dihentikan pada/sebelum 1 Mac 2017 selaras dengan keputusan MMKN ke 35/2015 pada 25 November 2015. Tiada pelanjutan tempoh masa operasi yang diberikan kepada pihak kuari.

  2. Apakah langkah-langkah keselamatan akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap lombong kuari tersebut selepas tamat beroperasi memandangkan lombongnya amat dalam dan berdekatan kawasan perumahan?

    Tanah Operasi kuari Gerak Harapan iaitu Lot 28436 PM 3356 dan Lot PT 16050 HSD 25365 merupakan tanah milik Gerak Harapan untuk operasi kuari di Batu 11, Jalan Cheras yang masih mempunyai baki tempoh pajakan sehingga tahun 2026 (Lot 28436) dan tahun 2021 (PT 16050). Oleh yang demikian, walaupun setelah penutupan operasi kuari pada tahun 2017, pemilik tanah masih mempunyai hak dan kepentingan yang sah ke atas tapak sehingga luput tempoh pajakan.

    Bagi memastikan langkah-langkah keselamatan, pihak pengusaha kuari perlu melaksanakan “good housekeeping measure” sepanjang tempoh operasi pengkuarian dijalankan tanpa perlu menunggu selepas tempoh penutupan operasi kuari. Antara kaedah “Quarry Good Housekeeping” adalah:

    • Soil erosion control – sistem pengairan yang baik, mengurangkan “exposed earth
    • Landscaping work – penanaman semula pokok untuk memulihkan tapak dan mengurangkan pencemaran bunyi/habuk
    • Blasting control – menggunapakai SOP yang ditetapkan
    • Air dan water pollution control

    Kaedah rehabilitasi yang boleh digunakan bagi pemulihan tapak adalah “slope stability action” dan “greening land area”. Untuk jangka panjang, pemilik tanah boleh memajukan lot tanah berkenaan tertakluk kepada syarat nyata tanah dan zoning kawasan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Zoning Kediaman (Lot 28436) dan Zoning Industri (PT 16050).

Lampiran

Tiada Lampiran.