Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
157) OPERASI BERSEPADU WARGA ASING
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan langkah Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Imigresen untuk membanteras lambakan warga asing di DUN Meru.
Bagi menangani masalah warga asing yang melibatkan perniagaan dan perusahaan, tindakan secara bersepadu dan komprehensif perlu dilaksanakan oleh setiap agensi yang terlibat bersama Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagai contoh bagi kes-kes perniagaan kedai runcit, tindakan secara bersepadu antara agensi seperti Jabatan Imigresen bagi menentukan permit dan visa perjalanan ke atas pekerja warga asing ini.
Tindakan bersepadu ini mestilah dilaksanakan secara berkala di setiap kawasan pentadbiran agensi agar usaha menangani masalah ini dapat di atasi secara kolektif dengan bidang kuasa agensi berkaitan.
Selain itu, kerjasama wakil rakyat, Ahli Majlis, komuniti perumahan dan keselamatan syarikat industri (pemegang taruh) dalam menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dalam isu warga asing.
Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Klang bekerjasama dengan pihak keselamatan syarikat Top Glove yang merupakan stakeholder (pemegang taruh) dalam menyampaikan maklumat dan melaksanakan tindakan secara holistik dalam menangani isu-isu pekerja warga asing yang bekerja di syarikat tersebut.