Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
61) OBJEKTIF KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri yakin mencapai objektif penubuhan KHSB?
Berdasarkan kepada pencapaian semasa KHSB serta perancangan projek yang diatur untuk masa hadapan, Kerajaan Negeri berpendapat bahawa KHSB sekarang berada di landasan yang tepat dan berkeyakinan tinggi untuk mencapai objektif penubuhan
-
Sejauh manakah kejayaan objektif KHSB?
Analisis pendapatan dan keuntungan yang dicatatkan oleh KHSB, seperti di bawah, menunjukkan kejayaan objektif penubuhannya, di mana KHSB secara beransur-ansur mencatat kerugian yang lebih rendah daripada tahun 2010 hingga 2012 seterusnya mencatatkan keuntungan pada tahun
Status
2003 2004 2005 2006 2007 2008 RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta RM’Juta Pendapatan 142.72 146.49 211.45 251.43 219.12 92.36 Keuntungan / (Kerugian) (59.24) (79.57) (193.63) 6.67 26.61 (75.53) Status
2009 2010 2011 2012 2013 RM’Juta
RM’Juta
RM’Juta
RM’Juta
RM’Juta (“belum diaudit”)
Pendapatan 125.12 209.9 169.74 72.68 34.53 Keuntungan / (Kerugian) 27.11 (35.06) (29.63) (3.99) 10.68 -
Apakah projek yang membuktikan objektif penubuhannya tercapai dan senaraikan?
Senarai projek-projek yang telah disiapkan di bawah kendalian KHSB dan anak- anak syarikatnya membuktikan objektif penubuhan KHSB tercapai adalah seperti berikut :-
- Berikut adalah projek yang masih dijalankan:
No.
Nama Projek
Nilai Projek (Anggaran) Lokasi
1 23 Unit Kedai Pejabat Satu Tingkat (ST Square Fasa 2) RM 7.12 Juta Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang - Senarai projek yang telah siap di bawah kendalian KHSB dan anak syarikat bermula dari tarikh penyenaraian KHSB di Bursa Malaysia pada 22 Julai 2003 sehingga sekarang adalah seperti berikut :-
No.
Nama Projek
Nilai Projek
Tahun Projek Siap
1 Cadangan pembangunan 300 unit Rumah Kos Rendah bagi peralihan setinggan yang terlibat di dalam projek landasan berkembar elektrik di antara
Unit yang telah siap dan diserahkan kepada “Kementerian Kewangan” bernilai RM12.6 juta.
2003 2 2047 unit Projek Pembangunan Bercampur dikenali sebagai Bandar Armada Putra, Pulau Indah
RM 243.0 Juta 2004 3 448 unit Projek Perumahan di kenali sebagai Taman Melawati Jaya, Kuala Selangor
RM 35.6 Juta 2004 4 106 Unit Projek Perumahan dikenali sebagai Templer Heritage, Templer Park, Rawang
RM 30.0 Juta 2004 5 6 Unit Rumah Dua Tingkat dan 160 unit Pangsapuri dikenali sebagai Astaka Heights, Pandan
RM 32.0 Juta 2005 6 473 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Templer Suasana, Templer Park
RM 60.0 Juta 2006 7 91 unit Kedai Pejabat dan 1 unit lot Komersil dikenali sebagai Cyber Valley, Dengkil
Hak Usaha Sama: RM 5.0 juta 2013 8 42 unit Kedai Pejabat Satu Tingkat dikenali sebagai ST Square Fasa 1, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
RM 12.0 Juta 2013 9 301 unit Projek Perumahan dikenali sebagai Warisan Bestari, Sepang Hak Usaha Sama: RM 10.0 Juta 2013