Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
130) NURSERI
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?
Bilangan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) mengikut daerah yang ada di dalam
senarai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor adalah seperti berikut :
Bilangan taska institusi berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di
Selangor ( semua daerah)
Tahun Bilangan
2005 32
2006 32
2007 35
2008 49
2009 ( hingga September ) 17
Bilangan taska di rumah berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di
Selangor ( semua daerah)
Tahun Bilangan ( buah )
2000 29
2001 37
2002 29
2003 272004 40
2005 53
2006 38
2007 27
2008 25
2009 ( sehingga September ) 18
BILANGAN TASKA / PUSAT JAGAAN YANG DIKENALPASTI OLEH JABATAN
KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR MENGIKUT DAERAH
SERAHAN NOTIS
AMNESTY PERIOD
(Sehingga 12 Feb
2009)
SERAHAN NOTIS
UNTUK
MENGAMBIL
TINDAKAN
( April 2009 – Ogos
2009)
JUMLAH
DAERAH
Petaling Jaya 0 14 14
Subang Jaya 12 22 34
Shah Alam 23 47 70
Klang 12 45 57
Gombak 90 155 245
Kuala Selangor 42 2 44
Hulu Selangor 37 42 79
Hulu Langat 66 13 79
Kuala Langat 30 3 33
Sepang 36 2 38
Sabak Bernam 6 1 7
Jumlah 354 346 700
Bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada ditetapkan mekanisme untuk mengawal
bilangan taska / pusat jagaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kriteria yang
perlu dipatuhi dalam mengoperasi sesebuah taska/ pusat jagaan iaitu dari segi kriteria
yang dinyatakan di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturanperaturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.
Walau bagaimanapun, bagi Pihak Berkuasa Tempatan ada mengguna pakai peruntukan
yang dinyatakan di dalam Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Undang-undang
Kecil Tempatan yang menyatakan nisbah 500 unit rumah kediaman : 1 taska / tadika
sebagai panduan perancangan bandar. -
Sebagai kerajaan yang prihatin, adakah kerajaan memberi apa-apa bentuk bantuan kepada nurseri-nurseri tersebut?
Setakat ini Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, melalui peruntukan geran
oleh kerajaan persekutuan hanya memberikan subsidi RM 180 sebulan kepada setiap
kanak-kanak yang dihantar ke Taska Komuniti yang menerima geran penubuhan dan
operasi dan berdaftar dengan JKM sahaja. (subsidi hanya bagi pendapatan ibu bapa
tidak melebihi RM2000 sebulan)
Bagi Taska Tempat Kerja Sektor Awam subsidi RM 180 adalah diikuti sebagaimana
Pekeliling Perkhidmatan Bil 4 Tahun 2007. Walau bagaimanapun pekeliling ini hanya
terpakai terhadap jabatan yang terletak di bawah perkhidmatan persekutuan. ( subsidi
yuran pengasuhan taska hanya bagi pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000
sebulan)
Pemakaian bagi perkhidmatan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun
tertakluk kepada penerimaan masing-masing.