Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

96) NOTIS 7B KEPADA PEMILIK-PEMILIK KILANG HARAM YANG BERDEKATAN DENGAN SUNGAI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah notis 7B yang telah dikeluarkan oleh pejabat tanah daerah sejak 1 Januari 2021?

    Kilang Haram / Kilang tanpa kebenaran ini merujuk kepada kilang yang diusahakan tanpa kebenaran/kelulusan dari sudut perundangan yang berkuatkuasa di Negeri Selangor seperti percanggahan syarat nyata tanah, tiada Kebenaran Merancang (KM) dan tiada Pelan Bangunan. Manakala Notis 7B ini merujuk kepada proses tindakan ke atas kesalahan pelanggaran syarat kegunaan tanah di bawah Seksyen 127 – 129 Kanun Tanah Negara 1965. Jika sabit kesalahan pemilik tanah boleh dikenakan tindakan denda atau pelucuthakan  (rampasan) tanah boleh dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah. Sepanjang tahun 2021, bagi kesalahan pelanggaran syarat kegunaan tanah, Pejabat Daerah / Tanah Klang telah mengeluarkan sebanyak 5 Notis 7A dan 1 Notis 7B telah dikeluarkan bagi tahun 2021.   Selain itu, sebanyak 11 Notis 7F, dengan tindakan denda berjumlah RM10,000.00 telah dikenakan kepada pemilik tanah.

  2. Apakah nama syarikat-syarikat yang telah dikeluarkan notis 7B?

    Nama – nama syarikat / pemilik tanah yang terlibat akan diberikan kepada pihak Yang Berhormat Tuan secara bertulis bagi makluman Yang Berhormat Tuan.

  3. Berapakah jumlah syarikat yang mematuhi notis 7B dan yang ingkar notis 7B?

    Daripada jumlah Notis 7A & 7E yang telah dikeluarkan, 11 pemilik tanah yang terlibat telah mengemukakan permohonan tukar syarat tanah melalui program Kilang Tanpa Kebenaran 2020 dan 5 pemilik tanah telah meremedo tanah seperti tujuan asal. Manakala Notis 7B ialah notis untuk memanggil pemilik bagi tujuan siasatan. Semua pemilik yang dikenakan Notis 7B telah memberikan kerjasama hadir bagi siasatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.