Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
359) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri dalam usaha mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) ke tahap 23% menjelang tahun 2023?
Strategi Air Selangor dalam usaha mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) ke tahap 23% adalah seperti berikut:
- Program pengesanan kebocoran oleh Leak Inspector (LI) dan Leak Specialist (LS).
- Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area), Zon Pemeteran Daerah (DMZ) dan Zon Pengurusan Tekanan (PMZ).
- Penggantian paip utama dan paip komunikasi.
- Penggantian meter air yang rosak dan meter susut ketepatan (degraded meter).
Air Selangor juga telah merancang strategi tambahan bagi memastikan sasaran 20% kadar NRW pada tahun 2040 dapat dicapai seperti berikut:
- Menambah bilangan kakitangan pengesanan kebocoran daripada 261 kepada 400 orang kakitangan pada tahun 2040.
- Meningkatkan pembentukan DMZ/PMZ bagi memastikan kawasan liputan 80% pada tahun 2029 di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Meningkatkan program penggantian paip daripada 150km kepada 300km setahun dengan memfokuskan penggantian paip jenis AC, MS dan UPVC.
Kadar NRW sehingga September 2024 adalah 27.39% berbanding sasaran SPAN pada kadar 28.0% dan sasaran tahun 2025 pada kadar 27.5%.