Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
259) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kadar peratusan NRW terkini.
Purata kadar NRW bagi tahun 2021 adalah kurang daripada 28%.
-
Apakah perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi menurunkan kadar peratusan tersebut?
Sasaran kadar NRW pada tahun 2022 adalah 27%, manakala sasaran pada tahun 2025 adalah 24%. Pelaksanan program NRW diteruskan melalui program secara ‘in house’ sejak tahun 2017:
Perancangan Jangka Masa Pendek
Pengesanan dan pembaikan kebocoran (‘active leakage control’) di paip utama dan paip agihan
Pengurusan tekanan air dalam sistem agihan
Penggantian meterPerancangan Jangka Masa Panjang
Penggantian paip utama kritikal
Penggantian paip komunikasi