Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
36) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran pengurangan NRW?
Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya semasa permulaan Perjanjian Konsesi SYABAS pada 01 Januari 2005 adalah pada tahap 42.78%. Di bawah Perjanjian Konsesi SYABAS yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan SYABAS, SYABAS telah memberikan aku janji untuk menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sehingga 15% menjelang tahun 2015. Sasaran NRW yang perlu diturunkan oleh SYABAS berdasarkan kepada tarikh semakan tarif adalah seperti berikut:-
Tarikh Semakan Tarif NRW disasarkan Penurunan NRW 01 Januari 2006 37.78% 5% 01 Januari 2009 27.98% 9.80% 01 Januari 2012 19.98% 8.00% 01 Januari 2015 15.48% 4.50% 01 Januari 2018 15.00% 0.48% 01 Januari 2021 15.00% Kekal 01 Januari 2024 15.00% Kekal 01 Januari 2027 15.00% Kekal 01 Januari 2030 15.00% kekal Namun demikian, NRW yang berjaya dicapai oleh SYABAS sehingga 2014 adalah pada tahap 34.5% sahaja.
- SYABAS sebagai operator agihan tunggal di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa bahawa faktor yang menyumbang kepada kegagalan SYABAS dalam menurunkan NRW adalah disebabkan oleh pembekuan kelulusan perbelanjaan CAPEX oleh Kerajaan Negeri Selangor. Namun demikian, hasil dari semakan yang telah dibuat, Kerajaan Negeri Selangor mendapati SYABAS tidak memberikan tumpuan
utama di dalam kerja-kerja mengurangkan NRW di mana perkara ini dapat dilihat apabila pengurusan SYABAS hanya memperuntukkan seramai 50 orang sahaja kakitangan bagi program NRW di seluruh Negeri Selangor. Semua program NRW SYABAS diserahkan untuk dilaksanakan melalui satu kontrak jangka panjang yang dimasuki oleh SYABAS dengan Tetuan Jalur Cahaya Sdn Bhd.
- Di dalam melaksanakan kerja-kerja penurunan kadar NRW, SYABAS memberi penekanan terhadap projek infrastruktur seperti kerja-kerja pengantian paip-paip air dan penukaran meter. Kerja-kerja ini merupakan kerja yang diperuntukkan di dalam Perbelanjaan Modal (Capital Expenditure). Sebarang perbelanjaan ke atas CAPEX oleh SYABAS akan diambil kira di dalam permohonan pelarasan kadar tarif SYABAS. Semakan yang dibuat ke atas perbelanjaan CAPEX mendapati perbelanjaan modal (CAPEX) untuk kerja-kerja NRW adalah merupakan komponen perbelanjaan terbesar yang dibelanjakan oleh SYABAS, namun hasilnya adalah tidak setanding perbelanjaan yang telah
- Antara tujuan penstrukturan semula bekalan air Negeri Selangor ialah mengembalikan pengurusan operasi industri perkhidmatan air Negeri Selangor yang dipegang di bawah syarikat konsesi swasta seperti SYABAS kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor. SYABAS sebagai syarikat swasta menjadikan keuntungan sebagai matlamat Dalam kerakusan mengejar matlamat mengaut keuntungan bagi mengayakan segelintir kapitalis, kepentingan pengguna perkhidmatan air yang merupakan rakyat Negeri Selangor tidak diutamakan.
- Keadaan ini berbeza sekiranya pengurusan industri perkhidmatan air berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor melalui Air Selangor yang mana sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, keuntungan bukanlah matlamat utama. Sebaliknya dalam merealisasikan matlamat “Pembangunan di Utamakan, Rakyat di Peduli”, Kerajaan Negeri Selangor mengutamakan rakyat mendapat perkhidmatan air yang effisien disamping membayar harga perkhidmatan dalam bentuk tarif yang
- Air Selangor sebagai syarikat milik penuh Kerajaan Negeri supaya dapat mengurangkan NRW ke tahap yang lebih ekonomik sekurang-kurangnya 25% pada tahun 2020 selaras dengan sasaran yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Memandangkan Negeri Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada tahap penurunan NRW nasional, maka adalah menjadi sasaran Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan dalam tempoh 5 tahun ini, kadar NRW dapat diturunkan ke tahap minimum 25% (1156 JLH). Ini bermakna Selangor perlu menurunkan NRW pada kadar sekurang-kurangnya 2%
- Pelaksanaan pengawalan NRW akan dilaksanakan secara holistik melalui program pembudayaan organisasi bagi menjamin continuity dan sustainability. Kunci kejayaan bagi program ini adalah penglibatan keseluruhan kakitangan,
komitmen pengurusan dan kawalan kualiti kerja di semua peringkat dan bukan hanya di outsource kepada satu syarikat seperti yang dilaksanakan oleh SYABAS.
-
Bagaimanakah NRW dapat dikurangkan setelah selesai penstrukturan industri air negeri?
Perancangan untuk penurunan NRW oleh Air Selangor hanya akan dapat dikenalpasti seterlah Air Selangor mengambil alih operasi SYABAS sepenuhnya. Pada ketika ini, Air Selangor tidak mempunyai sebarang maklumat secara langsung mengenai program penurunan NRW yang dijalankan oleh SYABAS. Justeru itu, Air Selangor perlu menyelesaikan proses due dilegence terhadap keseluruhan operasi SYABAS bagi meneliti dan mengenalpasti operasi SYABAS secara menyeluruh dan seterusnya meneliti semula semua program NRW yang dilaksanakan oleh SYABAS dan barulah Air Selangor boleh merancang secara teliti program penurunan NRW yang perlu dilaksanakan selaras dengan peruntukkan yang ada kerana setiap kos yang dibelanjakan akan dipindahkan kepada pengguna dalam bentuk tarif. Fokus utama yang akan diberikan oleh Air Selangor dalam rangka penurunan NRW adalah untuk melaksanakan pelan tindakan komprehensif holistic yang melibatkan limpahan kolam sifar melalui system amaran telemetri, membaiki kebocoran yang dilaporkan dengan segera, melengkapkan disket meeting zone (DMZ), memantau dan bertindak mengikut keutamaan kehilangan air dalam DMZ, menganalisis kecekapan dan ketepatan meter-meter air dan mengadakan program penukaran sesalur dan paip komunikasi yang tidak lagi ekonomik untuk dibaiki (BER-beyond economic repair).