Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

274) NON REVENUE WATER (NRW)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kadar peratusan NRW dari terkini?

    Kadar peratusan NRW pada bulan Jun adalah sebanyak 30.19%. Purata NRW dari bulan Januari hingga Jun 2017 adalah 32.3% berbanding 32.64% pada Disember 2016.

  2. Apakah perancangan dan strategi Kerajaan Negeri untuk menurunkan kadar peratusan tersebut?

    Antara program yang dirancang dan dilaksanakan untuk mengurangkan kadar NRW adalah seperti berikut:

    1. Pengesanan kebocoran pada paip utama dan paip komunikasi.
    2. Pembentukan Kawasan Imbangan Air (Water Balance Area) dan Zon Pengurusan Tekanan Air.
    3. Penggantian paip utama dan komunikasi    Penggantian meter air lama (melebihi 10 tahun)
    4. Zon Permeteran Daerah (DMZ)

    Kesemua kerja tersebut dijalankan secara dalaman (In-house)

  3. Nyatakan sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

    Air Selangor telah menetapkan sasaran NRW untuk 3 tahun:

     

    Akhir Tahun     Sasaran NRW (%)

    2017-31%

    2018-30%

    2019-29%

Lampiran

Tiada Lampiran.