Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

161) NILAIAN KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai aset tunai dan bukan tunai KSSB?

    1. Nilai aset tunai dan bukan tunai KSSB pada 31hb Disember 2012 mengikut akaun beraudit tahun kewangan2012 adalah seperti berikut;

     

    Aset Jumlah (RM)
    Tunai Di Tangan 8,118
    Tunai Di Bank 2,631,189
    Pelaburan Jangka Pendek & Simpanan Tetap 15,050,000
    Aset Bukan Tunai 1,189,894
    Jumlah 18,879,201
  2. Nyatakan nilai, lokasi dan keluasan operasi aktif perlombongan pasir oleh KSSB seluruh Selangor?

    1. Senarai lokasi operasi perlombongan pasir yang aktif di seluruh Selangor pada Oktober 2013 adalah seperti jadual berikut;

  3. Senaraikan kontraktor yang dilantik untuk menguruskan operasi perlombongan, pengangkutan dan penjualan pasir?

    1. Senarai kontraktor yang telah dilantik oleh KSSB untuk operasi perlombongan pasir yang aktif pada Oktober 2013 adalah seperti berikut;

      Untuk urusan pengangkutan dan jualan pasir, KSSB mengamalkan sistem jualan terbuka di Lombong-lombong GLC kelolaannya. KSSB tidak melantik mana- mana pihak secara spesifik untuk menguruskan pengangkutan dan jualan pasir dari Lombong-lombong GLC ini.

       

      Bagi Lombong-lombong Persendirian, operator lombong-lombong tersebut menjual sendiri pasir kepada pelanggan mereka sendiri.

       

Lampiran

Tiada Lampiran.