Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
39) NIKAH SINDIKET
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengekang nikah sindiket di luar negara yang dibuat tanpa kebenaran pihak JAIS malahan dilihat berani mempromosikan pakej pernikahan di luar negara seperti Thailand?
JAIS memperluaskan aktiviti penerangan kepada masyarakat umum mengenai kesan atau impak pernikahan berkenaan kepada yang terlibat antaranya dari aspek kesahihan pernikahan.
JAIS juga sedang menggerakkan ke arah pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (EUUKIS) 2003 dengan menambah peruntukan jelas berkaitan individu atau agen yang mempromosi atau menggalakkan pernikahan berlawanan dengan peruntukan undang-undang dan mencadangkan kenaikan hukuman bagi kesalahan berkaitan, termasuk kesalahan bersubahat.
Ke arah itu, perancangan tahun 2024, sehingga kini 7 daripada 14 siri bengkel di peringkat JAIS telah dibuat bersama pihak berkepentingan melibatkan agensi agama yang lain termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor (JPSS) dengan nasihat Pegawai Syariah Pejabat Kamar Negeri, Pegawai Undang-Undang JAIS bersama Sekretariat Bahagian Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Untuk Tahun 2025, Perancangan selanjutnya akan dibawa dalam Perbincangan Teknikal Jawatankuasa Undang-Undang MAIS, sebelum pembentangan dalam Mesyuarat MAIS dan terakhir Pembentangan di Sidang DUN untuk tahun 2026.