Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
117) NIKAH SINDIKET
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat di kalangan masyarakat khususnya penduduk yang berhijrah dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang beragama Islam mengamalkan nikah sindiket dan tidak mempunyai sijil nikah yang sah. Ini mengakibatkan anak yang dilahirkan tidak dapat didaftarkan. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membendung permasalahan ini?
Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pejabat Agama Islam Daerah-daerah telah
memudahkan urusan untuk mereka yang mendakwa telah bernikah tetapi tiada
dokumen yang boleh dijadikan bukti.Melalui siasatan di Unit Undang-undang
Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah,siasatan akan dijuruskan kepada kesahihan
sesuatu pernikahan.Jika pernikahan itu sah,maka permohonan bagi mendaftarkan
pernikahan tersebut akan dilaksanakan.Proses ini memakan masa sedikit kerana
memerlukan kepada siasatan apakah benar Imam yang didakwa menikahkan
mereka itu Penolong Pendaftar Nikah (Jurunikah) yang dilantik oleh Jabatan Hal
Ehwal Islam Negeri Sabah atau Sarawak.(Bagi kes Sabah dan Sarawak).
Jika pernikahan tersebut tidak dilaksanakan oleh Penolong Pendaftar Nikah,siasatan
akan menjurus bagaimana pernikahan tersebut dilaksanakan.Adakah ia mengikut
rukun nikah yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak seperti nikah menggunakan
wali yang betul atau pernikahan disaksikan oleh dua orang saksi lelaki yang Muslim
serta kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan memang tiada halangan untuk
bernikah.Jika semua sisatan telah lengkap,maka ia akan dibawa kepada Ketua
Pendaftar Nikah,Cerai dan Ruju’ Negeri bagi mendapat pandangan dan arahan
samaada pernikahan tersebut boleh didaftarkan atau tindakan lain yang perlu diambil
kerana pernikahan yang tidak mengikut prosedur Jabatan Agama Islam Negeri
adalah berlawanan dengan enakmen yang telah diwartakan di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. -
Bagaimanakah nasib anak-anak ini untuk memasuki alam persekolahan?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 24 Jun 2010
telah menolak soalan ini. -
Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti dan tindakan yang akan di ambil untuk mengatasi keadaan yang sedang dan telah berlaku ini?
Jabatan Agama Islam Selangor,melalui Bahagian Pengurusan Masjid telah melantik
dan memberikan Kad Kuasa kepada semua Pegawai-pegawai Masjid diseluruh
kariah Negeri Selangor sebagai telinga dan mata kerajaan untuk melaporkan hal-hal
yang berlawanan dengan Hukum Syara’ seperti ajaran sesat,bersekedudukan tanpa
nikah,khalwat dan juga pernikahan sindiket kepada Bahagian Penguatkuasa untuk
diambil tindakan selanjutnya.Namun begitu,bukanlah suatu yang sangat mudah
untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat menjalankan pernikahan
sindiket ini kerana modus operandi mereka yang licik serta tidak menjalankan
operasi secara berpusat (centralised).Hasil siasatan awal mendapati bahawa operasi
mereka akan hanya bergerak jika ada pelanggan yang hanya akan diterima jika
melalui orang tengah yang telah mereka tetapkan.Mereka tidak akan menerima
sebarang pelanggan begitu sahaja kerana bimbang kegiatan mereka akan gagal.
Sebagai tindakan pencegahan yang lain,Jabatan Agama Islam Selangor akan
mengatur gerak gempur taklimat bersepadu dengan kerjasama pihak Polis DiRaja
Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tentang peri pentingnya
mempunyai dokumen samaada untuk pernikahan,kelahiran dan sebagainya.Gerak
gempur ini akan diadakan di kawasan-kawasan panas yang dihuni oleh ramai
golongan sasaran serta tempat-tempat yang selalu berlakunya pernikahan sindiket.