Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
127) NGO PEMADAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa jumlah peruntukan kepada PEMADAM dari MBI untuk setiap tahun?
Pada tahun 2023, PEMADAM Negeri Selangor mengalami masalah kewangan dimana ketiadaan saluran geran oleh Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian, PEMADAM Negeri Selangor telah memohon peruntukan daripada MBI bagi membantu menampung belanja operasi dan aktiviti PEMADAM untuk tahun 2023. Alhamdulillah, MBI telah meluluskan peruntukan bagi menampung perbelanjaan Pengurusan berjumlah RM200,000 manakala RM100,000 merupakan dana bagi program PEMADAM. Pada tahun 2020, PEMADAM telah memohon peruntukan bagi dua (2) program berjumlah RM48,440.
-
Siapakah pengerusi PEMADAM Negeri Selangor dan apakah aktiviti yang dirancang sepanjang tahun?
Untuk makluman YB, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi merupakan Pengerusi PEMADAM Negeri Selangor yang telah dilantik bermula September 2023. PEMADAM mempunyai senarai aktiviti yang akan dilaksanakan pada setiap
Berikut merupakan jumlah aktiviti yang dilaksanakan oleh PEMADAM Negeri Selangor dari 2018 hingga 2023 seperti butiran berikut :
Program-program yang dianjurkan oleh PEMADAM Negeri Selangor melibatkan semua wakil PEMADAM daerah samaada program dilaksanakan secara fizikal atau pun secara dalam talian serta program kerjasama Bersama jabatan dan Agensi Kerajaan serta bukan Kerajaan.
-
Bagaimana PEMADAM sebuah NGO menjalinkan kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk program pencegahan dadah diperingkat pelajar?
Untuk makluman YB, PEMADAM merupakan satu-satunya NGO yang telah ditubuhkan dalam Parlimen. PEMADAM merupakan singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia iaitu sebuah pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Peranan dan tugas PEMADAM ialah Pendidikan, Pencegahan, Pencelahan dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Penaung PEMADAM di peringkat Kebangsaan merupakan YAB Perdana Menteri manakala di peringkat negeri YAB Dato’ Menteri Besar merupakan penaung PEMADAM Negeri Selangor. Manakala di peringkat daerah pula, Pegawai Daerah merupakan Pengerusi PEMADAM bagi setiap daerah. Komposisi ini telah tertulis dalam Perlembagaan PEMADAM dan merupakan lantikan atas kapasiti jawatan tersebut.
Menjawab pertanyaan YB, PEMADAM dan AADK memang bekerjasama rapat dalam menjayakan program pencegahan dadah di peringkat pelajar dimana bermula tahun 2020 hingga kini PEMADAM telah membekalkan kit ujian saringan urin (strip dan botol) bagi membuat ujian air kencing di peringkat sekolah yang dikenali sebagai Program Intervensi Pelajar Sekolah Menengah di Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Negeri Selangor. Pelaksanaan program ini melalui ujian saringan urin adalah selaras dengan inisiatif Selangor Mengawal Ancaman Realiti Dadah (SMARD) yang digerakkan AADK bersama PEMADAM dan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan pencegahan dadah dan pelencongan sosial di KBT.
PEMADAM merupakan NGO dimana terdapat limitasi kuasa bagi aktiviti penguatkuasaan sebagai contoh untuk membuat ujian air kencing, maka penglibatan AADK dalam program ini amat penting selain itu, PEMADAM juga telah berbincang dengan AADK berhubung pelaksanaan program-program bagi tahun 2024 bagi merealisasikan Selangor Sejahtera Tanpa Dadah.