Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

19) NELAYAN TERANCAM

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Raja Ideris Bin Raja Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nelayan pesisir di Selangor menghadapi ancaman lanun, penculikan dan pelanggaran dengan kapal dagang. Berikan statistik nelayan Selangor yang terlibat dengan insiden tersebut dari tahun 2008?

    Statistik yang diperolehi adalah berdasarkan kepada maklumat risikan dan tidak didedahkan kepada awam kerana faktor-faktor keselamatan. Perikanan Selangor hanya menerima maklumat dari segi ancaman lanun serta penculikan sahaja dan pelanggaran lebih kepada pihak Jabatan lain. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kebanyakan penculikan nelayan tempatan dilakukan oleh pihak berkuasa negara jiran yang bertindak mengugut nelayan tempatan untuk membayar wang tebusan bagi pelepasan sesebuah vesel. Jumlah statistik yang diterima ini adalah bilangan tidak rasmi dan berdasarkan kepada maklumat daripada nelayan yang terlibat di kawasan perairan Selangor.

    Bil. Tahun Statistik
    1 2008
    2 2009 5
    3 2010 11
    4 Jumlah 16

     

  2. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut?

    Adalah dimaklumkan Unit Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Negeri Selangor hanya mempunyai kekuatan 3 buah bot Peronda laju (PL) yang berpangkalan di Pelabuhan Klang. Aktiviti utamanya adalah mengawasi pesisir pantai di Seluruh Negeri Selangor yang meliputi kawasan kurang 5 btn dari pantai. Kejadian ancaman lanun, penculikan dan pelanggaran sering berlaku di kawasan melebihi 5 btn dari pantai. Sehubungan itu berasaskan kepada unsur, logistik sedia ada dan lokasi kejadian, langkah.  Beberapa langkah telah diambil :

    i) Menyalurkan maklumat yang telah diterima kepada agensi yang dipertanggungjawabkan.

     

  3. Apakah bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada nelayan yang terbabit?

    Selain bertindak sebagai penyalur maklumat dan melaksanakan langkah- langkah di atas Jabatan tidak mempunyai peruntukan khusus bagi membantu mangsa-mangsa yang terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.