Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
149) NELAYAN (JETI KUALA SELANGOR)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak jeti sepanjang sungai Kuala Selangor yang perlu dibaikpulih atau diperbaharui. Ini akan membantu para nelayan di kawasan ini pada jangka masa panjang. Sekiranya hal ini boleh dijalankan pada kadar yang segera daripada agensi manakah boleh kita menuntut pembiayaan kewangan?
Terdapat lebih kurang sebelas (11) buah jeti utama di sepanjang sungai Kuala
Selangor yang digunakan oleh nelayan untuk aktiviti-aktiviti pendaratan ikan dan kerang, pembungkusan dan pemasaran. Kebanyakan jeti-jeti ini adalah milik swasta dan individu dan sebahagiannya adalah juga di bawah penyeliaan
Pejabat Daerah Kuala Selangor. Di samping itu terdapat juga jeti-jeti kecil yang
dibina oleh nelayan sendiri khusus untuk kegunaan persendirian. Bagi jeti-jeti
utama yang di bawah penyeliaan Pejabat Daerah ataupun Persatuan Nelayan
Kawasan dan digunakan oleh nelayan sebagai pangkalan untuk pendaratan
ikan, LKIM boleh mempertimbangkan untuk membaik pulih jeti-jeti yang uzur,
walau bagaimana pun ianya tertakluk kepada adanya peruntukan untuk tujuan
demikian.