Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
231) NELAYAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di daerah Sabak Bernam terdapat 47 lot kebun kerang yang aktif daripada 115 lot kebun kerang yang tidak aktif, apakah status terkini lot kebun kerang yang tidak aktif?
Status lot kerang yang aktif sehingga Jun 2024 adalah berjumlah 51 lot sahaja daripada 115 lot. Terdapat kenaikan jumlah sebanyak 4 lot. Bagi lot kerang yang tidak aktif,lot berkenaan masih dibawah seliaan penternak tetapi tidak diletakkan benih kerang kerana lot-lot tersebut mempunyai dasar yang keras dan tidak subur untuk ternakan kerang.
Oleh yang demikian, pihak Jabatan Perikanan Negeri Selangor menggalakkan para penternak untuk membuat pembersihan sendiri dengan mengorek semula dasar yang telah keras dan tebal akibat pengumpulan sisa kulit kerang yang telah tertinggal sejak lot kerang digunakan dari awal lagi. Namun akibat kekangan peruntukan, kebanyakan penternak hanya mampu membiarkan lot-lot yang mempunyai dasar keras dan menabur benih kerang di tepian lot mereka.
Antara tindakan Jabatan Perikanan Negeri Selangor dalam menangani isu ini adalah dengan membuat pemutihan terhadap lesen-lesen sistem kultur laut (SKL) yang aktif tetapi tidak menjalankan aktiviti ternakan, mengenalpasti tapak-tapak yang masih subur untuk diberi kepada penternak yang aktif, membuat pemetaan semula kebun kerang melalui kajian berkaitan kerang yang dijalankan oleh pihak SIRIM dan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung.
-
Pengeluaran benih kerang semakin merosot, apakah perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang kerajaan negeri untuk menambah pengeluaran benih kerang?
Pengeluaran benih kerang/kerang dewasa kultur yang merosot di Selangor sejak beberapa tahun lepas berlaku kerana beberapa faktor utama seperti berikut:-
- Aktiviti kecurian benih kerang yang berleluasa sehingga menyebabkan banyak lot ternakan tidak dapat diisi uebuep benih kerang.
- Tapak atau lot ternakan yang tidak lagi subur kerana tidak terdapat ‘lanyur’ atau lumpur yang sesuai untuk tumbesaran benih kerang. Kebanyakkan tapak lot telah berubah menjadi keras dan berpasir.
- Pencemaran air, pembangunan pantai dan aktiviti manusia yang membawa kepada kemerosotan habitat.
- Peningkatan nyns laut, perubahan paras kemasinan dan kejadian cuaca ekstrem menjejas populasi kerang darah.
- Penternak tidak lagi aktif tapi tetap memperbaharui lesen SKL untuk mengekalkan kedudukan lot.
- Aset penguatkuasaan yang tidak mencukupi dan tidak ekonomi untuk beroperasi.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Negeri Selangor peranan yang aktif dalam mengurus isu kemerosotan pengeluaran kerang di Selangor melalui Peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Pecahan peruntukan yang diterima pada tahun 2023- 2024 adalah seperti berikut.
SUMBER PERUNTUKAN TAHUN JUMLAH 2023 2023 NEGERI SELANGOR RM 350,000.00 RM 450,000.00 (Dalam Permohonan) RM 800,000.00 PERSEKUTUAN RM 66,900.00 RM 200,000.00 RM 266,900.00 Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM 350, 000 untuk melaksanakan Kajian Pemetaan Kerang Fasa yang melibatkan daerah Klang dan Kuala Selangor dan pelaksanaan Program Konservasi di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam ) 6S Air Tawar dan BNO).
Kajian oleh pihak SIRIM ini mendapati kandungan ammonia dalam air adalah berada di tahap sangat toksik untuk kerang uep merupakan ancaman besar kepada habitat kerang di Selangor. Selain ! ‘N paras koliform bakteria juga didapati sangat tinggi manakala paras ujian klorofil (unsur makanan kerang) mempunyai nilai sangat rendah dan menjadi potensi isu kepada produktiviti utama ekosistem akuatik.
Selain itu, peruntukan berjumlah RM 266,900 adalah untuk pelaksanaan Kajian Kebun Kerang oleh Institut Penyelidikan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang yang mencadangkan kepada pihak pengurusan untuk mengubah kedudukan lot ternakan yang lebih ideal berdasarkan kajian persampelan yang dibuat.
Manakala peruntukan sebanyak RM 200. 000 pula disalurkan untuk menabur induk kerang !p perairan Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam untuk tujuan meningkatkan populasi pembenihan kerang di kawasan tersebut.
Disamping ‘n!! pemerkasaan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan telah dijalin bersama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Laut Malaysia dan Polis Marin untuk membanteras sindiket penyeludupan kerang dan Jabatan Perikanan Malaysia juga telah memohon untuk bot-bot rondaan yang baharu dan layak layar bagi membolehkan aktiviti penguatkuasaan dapat berjalan dengan lancar.
-
Apakah status terkini jeti-jeti di daerah Sabak Bernam yang tidak mempunyai permit dan usaha kerajaan serta tindakan kerajaan kepada pemilik jeti tersebut?
Senarai jeti-jeti di daerah Sabak Bernam dan status kelulusan dasar adalah seperti berikut:
Bil Kawasan Bil Jeti (2013)
Bil Jeti 2016
Lulus Dasar 1. Bagan Sungai Besar 149 jeti 110 Jeti 132 jeti 2. Bagan Sekinchan 55 jeti 89 jeti 92 jeti 3. Bagan Nakhoda Omar 61 jeti 49 jeti – 4. Bagan Sg. Lang 13 jeti 13 jeti 10 jeti 5. Parit Baru Baruh 14 jeti 15 jeti 3 jeti 6. Bagan Sg. Burung 40 jeti 13 jeti 13 jeti 7. Bagan Sg. Pulai 27 jeti 11 jeti 2 jeti 8. Pengkalan Nelayan Sg Nibong 8 jeti 6 jeti – 9. Pengkalan Nelayan Sg Hj Dorani 12 jeti 5 jeti – 10. Pengkalan Nelayan Pasir Panjang 2 jeti 1 jeti – 11. Pengkalan Nelayan Sg Nipah 1 jeti 1 jeti – JUMLAH 382 Jeti 313 Jeti 252 jeti Bengkel Pemutihan dan Pemerkasaan Pengurusan Jeti Negeri Selangor diurusetiakan oleh LUAS telah diadakan pada 8 Ogos 2022 yang dihadiri oleh wakil persatuan nelayan, agensi dan Ahli Dewan Negeri Kawasan yang berkaitan. LUAS juga mengadakan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor pada 8 Februari 2023 dan agensi lain seperti Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor bagi pelaksanaan pemutihan bagi jeti-jeti bagi melihat pelbagai kategori jeti.
Antara penambahbaikan Pelan Tindakan Pengurusan Jeti Negeri Selangor bagi jeti pendaratan ikan adalah mengkaji cadangan penyelesaian berdasarkan klasifikasi jeti seperti berikut;
- Jeti Komersil
- Jeti Ekonomi
- Jeti Sara Diri
- Jeti Awam.
Hasil lanjut daripada bengkel dan dapatan-dapatan maklumat terperinci daripada agensi ini akan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan. Kertas ringkasan sedang dilengkapkan dengan maklumat dan ulasan daripada agensi-agensi yang terlibat.