Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

223) NELAYAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jeti persendirian, jeti persatuan, dan jeti dari agensi di daerah Sabak Bernam?

    LUAS melaksanakan inventori jeti bagi mengenalpasti jeti persendirian dan jeti agensi. Bilangan jeti mengikut kawasan dan bilangan jeti di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor adalah seperti berikut;

     

    BIL KAWASAN BIL JETI
    1 Bagan Sg. Besar 113
    2 Bagan Sekinchan 91
    3 Bagan Nakhoda Omar 61
    4 Bagan Sg. Lang 13
    5 Parit Baru Baruh 14
    6 Bagan Sg. Burung 40
    7 Bagan Sg. Pulai 27
    8 Pengkalan Nelayan Sg. Nibong 8
    9 Pengkalan Nelayan Sg. Hj Dorani 12
    10 Pengkalan Nelayan Pasir Panjang 2
    11 Pengkalan Nelayan Sg. Nipah 1
    JUMLAH 372

     

     

    SENARAI JETI DI BAWAH SELIAAN LKIM

    BIL PERSATUAN NELAYAN KAWASAN (PNK) NAMA JETI
    1 PNK Sungai Besar Kampung Parit Baru Baroh
    2 Kampung Sungai Air Tawar
    3 Bagan Nakhoda Omar A
    4 Bagan Nakhoda Omar B
    5 Kampung Banting
    6 Bagan Sungai Pulai Sekendi
    7 Bagan Sungai Besar (Kg. Baru)
    8 Pengkalan Lama, Sungai Besar
    9 Batu 23, Sungai Nibong, Sungai Besar
    10 Sungai Labu, Sekinchan

     

    Senarai jeti persendirian/jeti persatuan dan jeti agensi di daerah Sabak Bernam adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Berapa banyak jeti-jeti yang mempunyai permit dan tidak mempunyai permit di daerah Sabak Bernam serta senaraikan jeti-jeti tersebut?

    Bilangan jeti yang mempunyai permit adalah sebanyak 225 buah dan jeti yang tidak mempunyai permit adalah sebanyak 147 buah di daerah Sabak Bernam seperti berikut:

    BIL KAWASAN BIL JETI KELULUSAN DASAR (JETI) KEBENARAN BERTULIS (JETI
    1 Bagan Sg. Besar 113 113 113
    2 Bagan Sekinchan 91 91 86
    3 Bagan Nakhoda Omar 61 1
    4 Bagan Sg. Lang 13 10 8
    5 Parit Baru Baruh 14 3 3
    6 Bagan Sg. Burung 40 13 13
    7 Bagan Sg. Pulai 27 2 2
    8 Pengkalan Nelayan Sg. Nibong 6
    9 Pengkalan Nelayan Sg. Hj Dorani 5
    10 Pengkalan Nelayan Pasir Panjang 1
    11 Pengkalan Nelayan Sg. Nipah 1
    JUMLAH 372 233 225

     

    Senarai perincian jeti-jeti tersebut adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  3. Berapa jumlah kebun kerang yang dimiliki oleh nelayan di daerah Sabak Bernam khasnya dan umumnya di negeri serta berapakah jumlah pengeluaran benih kerang di Selangor semenjak 5 tahun lepas?

    Bilangan lot kebun kerang di Daerah Sabak Bernam adalah sebanyak 115 lot dan daripada jumlah tersebut hanya 47 lot kebun, dikategorikan sebagai lot yang aktif yang meliputi kawasan seluas 2,350 hektar.  Secara keseluruhannya, terdapat 199 lot kebun kerang di Negeri Selangor dan daripada jumlah tersebut hanya 81 lot kebun kerang dikategorikan sebagai lot yang aktif. Berikut adalah maklumat berkenaan projek – projek kebun kerang di Negeri Selangor mengikut daerah:

     

    DAERAH LOT ASAL LOT AKTIF LUAS LOT AKTIF (HA) PENGELUARAN (TM) NILAI

    (RM)

    SABAK BERNAM 115 47 2,350 37.60 338,400
    KUALA SELANGOR 74 31 1,550 162.85 1,465,650
    KLANG 10 3 150 11.76 105,840
    JUMLAH 199 81 4,050 212.20 1,909,890

     

    Pengeluaran benih kerang di Negeri Selangor hanya terdapat di daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dan berikut adalah maklumat pengeluaran benih kerang dari tahun 2019 hingga 2023 di Negeri Selangor:

    SABAK BERNAM
    TAHUN 2019 2020 2021 2022 2023
    BIL. LESEN 104 18 33 14 0
    JUMLAH PENDARATAN (KG) 555,048 90,792 58,086 27,000 0

     

    KUALA SELANGOR
    TAHUN 2019 2020 2021 2022 2023
    BIL. LESEN 0 0 18 18 9
    JUMLAH PENDARATAN (KG) 0 0 105,231.96 31,140 4,246