Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

173) NAZIR DAN PENTADBIR MASJID

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengetahuan di kalangan pihak pengurusan masjid ?

    Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Agensi Swasta (NGO) telah menyediakan pelbagai latihan berupa kursus, seminar, multaqa dan konvensyen setiap tahun kepada pegawai dan Jawatankuasa Kariah Masjid bertujuan membangunkan pengetahuan dan kemahiran

  2. Senaraikan program yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengetahuan di kalangan pengurusan masjid dari 2008 hingga 2014 ?

    Program yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengetahuan di kalangan pegawai masjid dari tahun 2008 hingga 2014 ialah;

     

    KURSUS 2008 HINGGA 2014

    • Kursus Kepimpinan Muslimah Masjid
    • Kursus Pemuda Harapan Masjid
    • Kursus Setiausaha Masjid
    • Kursus Pengurusan Organisasi Masjid
    • Kursus Pengurusan Kewangan Masjid
    • Kursus Bilal Masjid
    • Kursus Pengurusan Imam Masjid
    • Kursus Komitmen Imam Masjid Kariah
    • Kursus Pengurusan Bilal Dan Siak
    • Kursus Pembangunan Tanah Perkuburan Dan Tanah Wakaf 11)Kursus Enakmen Jenayah

    12)Kursus Falak Syarie (Arah Kiblat) 13)Kursus Pengurusan Kubur

     

    14)Kursus Audio Visual Dan Elektrik 15)Kursus Taqwim Dan Cerapan

    16)Kursus Pengurusan Strategik Pengurusan Masjid 17)Kursus Kemahiran Teknologi Maklumat 18)Kursus Pengurusan Jenazah

    19)Kursus Tajwid Dan Tarannum Al-Quran

     

    SEMINAR 2008 HINGGA 2014

     

    • Seminar Masjid Sebagai Wahana Tranformasi Ummah
    • Seminar Pemerkasaan Masjid
    • Seminar Masjid Cemerlang Ummah Terbilang
    • Seminar Landskap Dan Pengindahan Masjid
    • Seminar Pengukuhan Integriti Pengurusan Masjid
    • Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid
    • Seminar Pembangunan Perniagaan Koperasi Kariah Masjid
    • Seminar Pengurusan Strategik Dan Pemikiran Kreatif Para Imam Dan Nazir
    • Seminar Belia 10)Seminar Muslimah
    • Seminar Pendidiak Fatwa Kesihatan

     

    KONVENSYEN 2008 HINGGA 2014

     

    • Konvensyen Pengurusan Masjid Dan Surau
    • Konvensyen Masjid-Masjid Pelancong Di Malaysia
    • Konvensyen Prosiding Pengurusan Masjid
    • Konvensyen Pendakwah Negara

Lampiran

Tiada Lampiran.