Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
99) NASIB BEKAS PEKERJA ESTET
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Di Bangi terdapat komuniti India bekas pekerja Estet. Nasib mereka tidak terbela. Mengapa mereka terbiar dan tidak terbela?
Mereka terbiar dan tidak terbela kerana terdapat segelintir bekas majikan tidak
mengendahkan kebajikan mereka. -
Apakah tindakan majikan/bekas majikan selama ini terhadap mereka
Tidak semua majikan / bekas majikan tidak mengendahkan kebajikan pekerja ladang.
Walau bagaimanapun, Jabatan Tenaga Kerja sentiasa memastikan agar setiap ladang
memenuhi akta standard – standard minimum perumahan dan kemudahan sekerja 1990
yang terkandung mengenai penyediaan perumahan dan kemudahan asas lain di sektor
ladang. -
Apakah rancangan jangka panjang kerajaan untuk kebajikan mereka.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai rancangan jangka panjang untuk
Kebajikan Pekerja Ladang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan
untuk membina asrama bagi anak-anak Pekerja Ladang. Pembinaan asrama ini akan
ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan semua ladang di Negeri Selangor. Selain itu,
Kerajaan Negeri juga telah menaja anak-anak ladang yang berpotensi dalam bidang
kemahiran untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.