Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

41) NAMA UNISEL

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri menukar nama Universiti Industri Selangor (UNISEL) kepada Universiti Selangor. Apakah asas tindakan menukar nama tersebut?

    1. Hakikatnya, UNISEL tidak perlu berlengah-lengah atau menunggu tempoh  tertentu  untuk berubah. Persekitaran alam pendidikan telah berubah, masyarakat juga telah berubah dan mengharapkan universiti memainkan peranan yang lebih luas, sebagai penjana idea dan pembaharuan serta sebagai pemangkin kepada kemajuan intelek, ekonomi dan sosial, bukan setakat terhad kepada pembangunan ‘industri’

     

    Ini kerana, Negara kita sedang mengecapi kemajuan dan ekonomi pelbagai (Diversified) yang cukup pesat di samping keperluan melahirkan insan yang lebih dinamik, insaniah, berjiwa lebih besar serta berkemahiran tinggi. Tuntutan ini juga meliputi evolusi dari segi Misi, Visi agar selari dengan perkembangan masyarakat global. Rumusannya ialah, UNSIEL perlu penjenamaan semula termasuk nama baru bagi menghadapi persaingan yang semakin sengit di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Swasta khususnya.

     

    Penjenamaan semula bukan satu perkara asing terutamanya dalam syarikat-syarikat korporat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Ianya dilihat sebagai salah satu usaha untuk memastikan imej, reputasi dan peranan UNISEL dapat difahami umum. Penjenamaan ini juga memberi kesan kepada penerimaan umum dan pihak majikan terhadap alumni UNISEL.

  2. Apakah manfaat pertukaran nama tersebut kepada pihak pelajar dan tenaga kerja universiti?

    1. Manfaatnya bukanlah setakat pertukaran nama sahaja, tetapi dari segi Visi dan Misinya juga iaitu :

     

    Visi – Untuk menjadi universiti terulung yang mendidik para profesional  dan  ilmuwan yang mempunyai moral dan etika terpuji.

     

    Misi – UNISEL beriltizam menyediakan persekitaran pembelajaran yang  cemerlang  untuk menjana profesional dan ilmuwan yang kompeten, telus dan beretika.

     

     

     

     

    Serta Nilai-nilai teras

     

    1. Integriti – Beriltizam kepada tahap amanah, kebenaran, keadilan tertinggi, saling hormat-menghormati dan percaya-mempercayai
    2. Inovasi – Beriltizam untuk mengejar ilmu dan idea, sentiasa menyesuaikan diri dan membuat penyelesaian secara

     

    1. Akauntabiliti – Beriltizam untuk menjadi pemegang amanah sumber manusia, kewangan, fizikal dan sumber intelektual yang bertanggungjawab dan akauntabiliti.

     

    1. Kualiti dan cemerlang – Beriltizam kepada penambahbaikan kualiti yang berterusan dan kepada kecemerlangan dalam semua tindak-tanduk

     

    1. Keterbukaan – Beriltizam untuk menyediakan peluang pendidikan yang maksimum dengan penawaran mengadakan pelbagai kemasukan dan pelbagai penyampaian

     

    1. Semangat Setia Kawan – Beriltizam untuk melaksanakan tanggungjawab secara bersama-sama dan bantu-membantu antara satu sama

Lampiran

Tiada Lampiran.