Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
188) NAMA-NAMA TAMAN / JALAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor menukar nama-nama taman berikut :- i) Southern Park Kepada Taman Selatan; dan ii) Taman Melawis kepada Taman Kampung Attap. Bilakah ianya akan ditukar ke nama asal?
i) Southern Park ditukar kepada Taman Selatan sejak tahun 1980 an berikutan arahan penggunaan bahasa kebangsaan.
ii) Taman Melawis masih ada. Kampung Attap adalah nama lama dan digunakan untuk kawasan yang lebih luas. (seksyen)
JAWAPAN DARIPADA UPBT
Nama Taman Southern Park telah ditukar kepada nama Taman Selatan sejak tahun 1980an berikutan penguatkuasaan arahan penggunaan bahasa kebangsaan di setiap negeri oleh kerajaan pada masa itu manakala Taman Melawis dan Kampung Attap adalah dua kawasan perumahan yang sama yang terletak di dalam daerah Klang di mana Kampung Attap adalah nama lama dan digunakan untuk kawasan yang lebih luas manakala Taman Melawis adalah sebahagian daripada Kampung Attap. Buat masa ini Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menukar kepada nama asal.
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengisytiharkan secara rasmi Jalan Tengku Kelana sebagai ÒLittle IndiaÓ Selangor?
Tertakluk persetujuan Kerajaan Negeri. Jalan Tengku Kelana adalah nama yang telah digunakan selepas merdeka (asal Rembau Street). (Petaling Street tidak ditukar nama kepada China Town. “Little India” boleh digunakan sebagai gelaran.
JAWAPAN DARIPADA UPBT
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mengisytiharkan secara rasmi Jalan Tengku Kelana sebagai ‘Little India’ Selangor tetapi sebarang perubahan adalah tertakluk kepada persetujuan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun jalan tersebut memang telah dikenali dengan gelaran ’Little India’ oleh penduduk setempat memandangkan daya tarikan yang terdapat di sepanjang jalan tersebut yang banyak menjual barang-barang perkakasan, aksesori, pakaian dan sebagainya masyarakat
India.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh terkemuka seperti berikut yang telah banyak berjasa kepada Negeri Selangor seperti :- i) Encik Ramesan (Bekas ADUN Negeri Selangor) ii) Dr. V. David (Bekas ADUN Negeri Selangor) iii) Encik Devan Nair (Bekas Ahli Parlimen Negeri Selangor) iv) Puan Gengga Nair (Bekas ADUN Negeri Selangor) v) Encik Karam Singh (Bekas ADUN Negeri Selangor)
Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh tersebut pada masa ini
JAWAPAN DARIPADA UPBT
Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menamakan beberapa jalan-jalan di Negeri Selangor atas nama tokoh-tokoh tersebut pada masa ini. Ini merupakan satu idea yang baik dan Kerajaan Negeri akan membuat kajian pada masa akan datang.