Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
226) NAMA JALAN-JALAN UTAMA
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah Kerajaan Negeri Selangor masih belum menamakan beberapa jalan-jalan utama menggunakan nama tokoh-tokoh daripada PARTI DAP, Pas dan juga PKR?
- Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menerima mana- mana permohonan bagi tujuan tersebut. Walau bagaimanapun cadangan nama jalan mengambil nama tokoh-tokoh parti sekarang boleh dipertimbangkan berdasarkan ketokohan dan jasa tokoh tersebut yang dibuat kepada rakyat dan
-
Apakah sebab-sebab Jalan Barat di Petaling Jaya telah berjaya ditukar oleh Kerajaan Negeri Selangor?
- Keputusan untuk menukar nama Jalan Barat di Petaling Jaya kepada nama yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor telah ditangguhkan atas arahan Kerajaan Negeri
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menamakan lebih banyak nama-nama jalan utama yang diambil daripada nama tokohtokoh Parti DAP, PAS & PKR?
- Penamaan jalan menggunakan nama tokoh-tokoh Parti boleh dipertimbangkan dengan kriteria yang ditetapkan tetapi untuk jalan-jalan baru sahaja dan bukan di jalan-jalan sedia ada bagi mengelakkan pertukaran nama jalan yang akhirnya akan menyusahkan penduduk dan pemilik premis untuk menukar alamat, kad pengenalan dan sebarang dokumen-dokumen yang berkaitan.