Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

113) NAJIS DADAH YANG BERLELUASA

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan statistik terkini jumlah penagih-penagih dadah di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah.

    Sumber daripada Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Januari sehingga Mac 2009, jumlah penagih dadah telah dikesan di Negeri Selangor mengikut pecahan kaum dan daerah adalah seperti berikut:

     

    Mengikut pecahan kaum :

     

    KAUM BILANGAN PERATUS (%)
    Melayu 107 87.7
    Cina 5 4.1
    India 9 7.38
    Lain – lain 1 0.82
    JUMLAH 122 100

     

    Mengikut pecahan daerah :

     

    DAERAH BILANGAN PERATUS (%)
    Ampang 8 6.56
    Gombak 42 34.43
    Hulu Langat 27 22.13
    Kuala Langat 8 6.56
    Kuala Selangor 6 4.92
    Petaling 5 4.1
    Sabak Bernam 13 10.66
    Sepang 1 0.80
    Hulu Selangor 12 9.84
    JUMLAH 122 100
  2. Sila kemukakan butiran terperinci mengenai berapakah ramai pembekal-pembekal dadah yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah dari tahun 2008 hingga bulan Jun 2009.

    JUMLAH PEMBEKAL DADAH YANG DITANGKAP DI BAWAH AKTA DADAH

    BERBAHAYA 1952 BAGI TAHUN 2008 DAN 2009 (JAN – MEI)

     

    PECAHAN SEKSYEN TAHUN 2008 (JAN – DIS) TAHUN 2009 (JAN – MEI)
    SEK. 39 B ADB 1952 507 307
    SEK 39A(2) ADB 1952 250 109
    SEK 39A(1) ADB 1952 489 256
    JUMLAH 1,246 672

     

    Sumber : PDRM

  3. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah.

    Punca utama yang menyebabkan para remaja begitu mudah terjebak dengan najis dadah menurut sumber Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) sehingga Mac 2009, seramai 61 orang daripada 122 orang yang terlibat dengan dadah iaitu sebanyak 52.59% adalah disebabkan oleh pengaruh rakan, manakala perasaan ingin tahu seramai 27 orang iaitu (23.28%) dan untuk tujuan keseronokan adalah seramai 15 orang (12.93). Peratus yang selebihnya pula adalah disebabkan oleh masalah dan tekanan keluarga. Namun begitu, ibu bapa harus memainkan peranan penting sebagai medium terbaik dalam menangani isu dadah ini. Ibu bapa perlu diperingatkan bahawa anak mereka adalah sebagai satu tanggungjawab yang tidak boleh dilepaskan atau didelegasikan kepada pihak lain dalam apa jua keadaan. Justeru itu, gejala penyalahgunaan dadah bukannya alasan ibu bapa untuk melepaskan tanggungjawab mereka. Adalah nyata bahawa gejala dadah kini telah berjaya menyerang masuk ke dalam institusi kekeluargaan, sekolah dan tempat kerja, maka ibu bapa seharusnya tidak memandang ringan permasalahan yang wujud ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.