Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
201) NAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN 1 TANJUNG MALIM – RAWANG (FT001)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat terkini mengenai naiktaraf Jalan FT001 ke Genting Highland pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Ini adalah Jalan Persekutuan FTO011
JKR Selangor telah memohon projek ini ke Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan tidak diluluskan dalam RMKe-11.
-
Adakah JKR Selangor berhasrat menaiktaraf persimpangan di Jalan Kuala Kali - Rasa (B115) ke Jalan FT001 pada tahun ini?
Projek ini telah diluluskan dalam RMKe-11 di bawah tajuk Menaiktaraf Persimpangan dan Mengganti Jambatan di Jalan Kuala Kali – Rasa (B115) Ke Laluan Persekutuan 1, Seksyen 441.00 dengan kos siling sebanyak RM 20 juta.
MAKLUMAT TAMBAHAN
a)
Tajuk : Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT1 dari Templer Park ke
Tanjung Malim
Skop Projek :
- Menaiktaraf jalan sedia ada dari dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala sepanjang 40 km
- Menaiktaraf 11 jambatan 2 lorong 2 hala, laluan motosikal
- Menaiktaraf persimpangan kepada signalized juntion
- Kerja pengalihan / melindungi utiliti
- Pengambilan balik tanah
Kos Projek : RM 350,000,000.00
b)
Tajuk Projek : Menaiktaraf Persimpangan dan Mengganti Jambatan di
Jalan Kuala Kali – Rasa (B115) Ke Laluan Persekutuan 1, Seksyen 441.00, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan
Objektif Projek :
- Menaiktaraf persimpangan jalan tersebut mengikut spesifikasi JKR untuk jangka masa panjang .
- Menaiktaraf tahap struktur Jambatan sediada mengikut spesifikasi JKR untuk jangka masa panjang .
- Merekabentuk semula geometri jalan yang sesuai bagi kenderaan kerana bentuk muka bumi sedia ada berbukit .
- Menaiktaraf keupayaan jalan seiring dengan kemajuan pembangunan semasa .
- Mengurangkan kadar kemalangan di jalan
Kos Projek : RM 20,000,000.00