Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

252) NAIKTARAF JALAN JKR DAN PLB

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sudah ada senarai jalan yang dikenal pasti bersama kos oleh pihak JKR dan PLB untuk dinaiktaraf atau diturap bagi tahun 2024 di DUN Sementa? Mohon disenaraikan.

    Jalan PLB di daerah Klang yang telah dikenalpasti sebagai senarai keutamaan bagi cadangan untuk dinaiktaraf atau diturap semula pada tahun 2024 menggunakan peruntukan Tabung Amanah MARRIS adalah sebanyak 19 kerja dengan anggaran peruntukan sebanyak RM3,842,138.88. Lima (5) daripada 19 kerja tersebut adalah di kawasan DUN Sementa dengan kos sebanyak RM1,208,934.28.  Senarai keutamaan lima (5) kerja jalan adalah seperti berikut:-

    BIL TAJUK PROJEK

    DUN

    ANGGARAN KOS (RM)

    1 Kerja-Kerja Membaikpulih Dan Menurap Semula Jalan Di Lot 2294 Jln Iskandar, Lot 2303 Dan Lot 2327 Jln Dusun, Lot 3038 Lorong Manggis, Lot 2819 Jln Belimbing, Lot 5320 Jln Bahagia, Lot 4075 Jln Rebung, Lot 4048 Jln Kempas, Lot 6358 Dan Lot 6359 Jln Bkt Kerayong, Kg Bukit Kapar

    Sementa

    499,450.28

    2 Kerja-Kerja Membaiki Dan Menurap Semula Jalan Pengkalan Nelayan Kg Sementa Klang

    Sementa

    289,540.00

    3 Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Dan Menurap Semula Jalan Di Jalan Padang Dan Jalan Padang 2, Kg Perepat Daerah Klang.

    Sementa

    227,660.00

    4 Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Jalan Dan Menurap Semula Jalan Di Jalan Kim Chin Hoe Dan Jalan Seman, Kampung Sg Pinang Bandar, Klang

    Sementa

    103,036.00

    5 Kerja-Kerja Membaiki Kerosakan Dan Menurap Semula Jalan Di Lot 580 Dan Lot 3366 Kampung Perepat, Klang

     

    Sementa

    89,248.00

     

     

    Senarai jalan yang dikenal pasti bersama kos oleh pihak JKR untuk dinaiktaraf atau diturap bagi tahun 2024 di DUN Sementa adalah seperti berikut:

     

    Jalan Persekutuan

     

    Bil. Nama Jalan Anggaran Kos (RM)
    1. Jalan Klang – Sabak Bernam

    ·         Seksyen 447.00 – 449.00

    ·         Mill & Pave serta lain-lain kerja berkaitan

    2,000,000.00
    Jumlah Keseluruhan 2,000,000.00

     

    Jalan Negeri

     

    Bil. Nama Jalan

    Anggaran Kos (RM)

    1. Jalan Kempas Kiri

    360,000.00

    2. Jalan Jati Kiri

    350,000.00

    3. Jalan Lapis Dua Kanan

    350,000.00

    4. Jalan Merbau

    350,000.00

    5. Jalan Sungai Saim Kanan

    350,000.00

    6. Jalan Sungai Saim Kiri

    350,000.00

    Jumlah Keseluruhan

    2,110,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.