Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
289) NAIKTARAF FASILITI SUKAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kos yang telah dikeluarkan dan jumlah gelanggang futsal atau fasiliti sukan lain yang telah dibaikpulih oleh pihak Kerajaan Negeri setakat hari ini?
Kerajaan Negeri telah memulakan program Menaiktaraf, Membaikpulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan sejak tahun 2021 hingga kini yang merangkumi padang bolasepak, gelanggang futsal, takraw, badminton, bola tampar, bola jaring dan bola keranjang. Statistik adalah seperti berikut :
Bil. Kemudahan Bilangan Projek Membaikpulih, Menaiktaraf dan Membina Baru
Bilangan DUN
Kos (RM)
1 Futsal 22
21 1,731,794.30
2 Takraw/ Badminton 27
24 866,384,09
3 Bola Keranjang 4
4 266,676.70
4 Bola Sepak 6
5 1,008,587.00
5 Bola Tampar 4
4 216,361.40
6 Skatepark 2
2 191,564.00
7 Petanque 1
1 28,383.00
Jumlah
4,309,750.49