Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
88) NAIKTARAF DEPAN TOKONG KWAN INN, JALAN RAYA BARAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah MPK akan naiktaraf dan tambah ciri-ciri keselamatan di depan Tokong Kwan Inn, Jalan Raya Barat?
Majlis Perbandaran Klang mempunyai cadangan untuk membaikpulih/ menaiktaraf jalan raya dan laluan pejalan kaki serta elemen-elemen keselamatan jalan raya (garisan jalan dan papan tanda lalulintas) disepanjang Jalan Raya Barat meliputi hadapan tokong berkenaan. Kerja ini didalam peringkat perolehan Majlis dan pelaksanaan kerja ini dijangka akan dimulakan pada bulan April 2022.