Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
25) NAIKTARAF DAN PEMBINAAN DEWAN MPKK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan bangunan Dewan MPKK Batu Arang, Kg Lim Tan, Kg Kenanga dan Kg Tanjung yang uzur dan menghadapi kerosakan?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat setempat khususnya terhadap masyarakat kampung yang menjadikan Balairaya-balairaya MPKK sebagai pusat tumpuan setempat bagi aktiviti penduduk. Antara tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Balairaya-balairaya MPKK berada dalam keadaan yang baik dan sedia untuk digunakan adalah seperti berikut:
Balairaya MPKK Batu Arang – Kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf sedang dilaksanakan melalui peruntukan PEMERKASA 2021 sebanyak RM50,000.00. Projek ini dijangka siap pada 15 Disember 2021.
Balairaya MPKK Kg Lim Tan – PDT Gombak akan menyediakan butiran kerja serta permohonan peruntukan baikpulih akan dikemukakan kepada pihak UPEN bagi tahun 2022.
Balairaya MPKK Kg Kenanga – Kerja penyelenggaraan telah dirancang pada tahun 2021 namun peruntukan INFRA Tahun 2021 tidak mencukupi dan akan dipohon semula peruntukan pada tahun 2022. Ianya melibatkan anggaran kos berjumlah RM100,000.00 dan untuk butiran kerja seperti menurap semula halaman balairaya, membina bangunan stor, membina semula pintu gerbang serta kerja-kerja lain yang berkaitan.
Balairaya MPKK Kg Tanjung – Kerja-kerja penyelenggaraan telah dirancang pada tahun 2021 namun peruntukan kerja-kerja Infrastruktur (UPEN) bagi tahun 2021 tidak mencukupi dan akan dipohon semula kelulusan peruntukan pada tahun 2022. Ianya melibatkan anggaran kos berjumlah RM100,000.00. Antara butiran kerja yang terlibat adalah seperti menukar bumbung, membina pagar galvanize disekeliling bangunan, membina tandas, mengecat semula bangunan, pendawaian elektrik keseluruhan bangunan, serta mengecat bahagian luar dan dalam bangunan.
Untuk makluman, berikut adalah kerja-kerja penyelenggaraan Balairaya MPKK yang telah siap dilaksanakan di Mukim Rawang pada tahun 2021:-
BIL KETERANGAN AMAUN (RM) SUMBER PERUNTUKAN STATUS 1 Penyelenggaraan Balairaya MPKK Kg Melayu Pekan Rawang RM 20,000.00 Peruntukan PEMERKASA Siap Sepenuhnya 2 Penyelenggaraan Balairaya MPKK Kg Rajah, Rawang RM 20,000.00 Peruntukan Ahli Parlimen Selayang Siap Sepenuhnya 3 Penyelenggaraan Balairaya MPKK Lee Kim Sai, Rawang RM 20,000.00 Peruntukan ADUN Rawang Siap Sepenuhnya 4 Penyelenggaraan Balairaya MPKK Kg Melayu Batu 16, Rawang RM 50,000.00 Peruntukan PEMERKASA Dijangka siap pada 15 Disember 2021 -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi Kampung Sg Bakau, Kampung Kuala Garing Selatan dan Kampung Desa Kuala Garing yang memerlukan sebuah dewan MPKK?
Tapak Balairaya bagi MPKK Kg Sungai Bakau telah dicadangkan di tapak sedia ada dan dalam proses pewartaan. Bagi permohonan tapak Kampung Kuala Garing Selatan dan Kampung Desa Kuala Garing pihak PDT Gombak tiada menerima permohonan daripada MPKK yang berkenaan, PDT Gombak akan merujuk kepada Pegawai Perhubungan Kampung Baru bagi mendapatkan input yang berkaitan.