Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
180) NAIK TARAF SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) PAYA JARAS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah murid di SRA Paya Jaras serta berapakah nisbah guru dan murid?
Jumlah kelas di SRA Paya Jaras ialah sebanyak 17 buah. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini adalah seramai 1,172 orang dengan pecahan murid sesi pagi (bagi murid tahun 1, 2 dan 3) seramai 626 orang menggunakan 17 buah kelas dan sesi petang (bagi murid tahun 4,5 dan 6) seramai 546 orang menggunakan 16 buah kelas. Jumlah keseluruhan guru ialah 35 orang dengan pecahan 18 orang guru sesi pagi, 17 orang guru petang). Ini bermaksud, nisbah bagi seorang guru dan murid ialah 1: 33.
-
Bilakah SRA Paya Jaras ini akan dinaik taraf?
JAIS tidak bercadang menambah bangunan atau membuat bangunan baru buat masa terdekat kerana nisbah pelajar di sesebuah kelas masih dalam skala wajar. JAIS sedar berlaku kepesatan penambahan penduduk namun perkembangan kepesatan tersebut tidak memerlukan untuk dimasukkan dalam cadangan RMK-13.
-
Berapakah jumlah anggaran kos pembinaan sekolah baharu ini?
Buat masa ini tiada ketetapan mengenai kos pembinaan dicadangkan kepada Kerajaan Negeri kerana belum sampai waktunya.