Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

229) NAIK TARAF PARIT JPS JALAN HAMZAH ALANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Merujuk jawapan Mesyuarat Pertama Penggal kedua, Julai 2014 akan dikeluarkan tender. Sehingga kini tiada tanda kerja bermula. Mengapa?

    Secara umumnya, tender bagi menaiktaraf saliran Persiaran Hamzah Alang telah dikeluarkan pada 4/11/2014 dan tutup pada 26/11/2014

  2. Apakah spesifikasi naiktaraf parit tersebut?

    Skop kerja-kerja yang terlibat dalam projek menaiktaraf parit di Jalan Hamzah Alang adalah seperti berikut :

    • Pembinaan Flood wall 5km
    • Jalan Susur 5km
    • Melebarkan parit tanah 5.2 km
    • Membina jambatan 4 nos
    • Membuka lintasan/jambatan 23 nos
  3. Berapakah perbelanjaan yang diluluskan?

    Peruntukan sebanyak RM10.3 juta telah diterima melalui Akaun Amanah Caruman Parit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.