Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
43) NAIK TARAF PADANG PERMAINAN KEM AMPANG PECAH
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah benar harga tawaran projek tersebut bernilai RM234,191.83?
PROJEK: Membina & Menyiapkan Kolam dan Kerja-Kerja Berkaitan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu
- Nilai Kontrak: RM2,709,930.00
- Nilai Akhir Kontrak: RM1,165,204.00
- Bayaran dibuat setakat ini: RM1,165,204.00
- Status Projek: Projek telah siap, dengan potongan kerja (omission works) sebanyak RM1,544,726.00
- Kontraktor: Lenang Permata Sdn Bhd
- PROJEK: Kerja-Kerja Naik Taraf Padang Permainan Bola Tampar & Sepak Takraw di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu
Nilai Kontrak: RM234,191.83
- Nilai Akhir Kontrak: Pihak Kontraktor belum mengemukakan Tuntutan Akhir
Bayaran dibuat setakat ini: RM193,098.60 (baki: RM41,093.23)
- Status Projek: Projek telah siap, menunggu tuntutan akhir dari kontraktor untuk penyediaan Akaun Akhir (Final Accounts)
- Kontraktor: Ashraf Venture
PROJEK: Menaiktaraf Dewan Serbaguna & Kerja-Kerja Berkaitan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu
Nilai Kontrak: RM1,326,234.00
- Nilai Akhir Kontrak: Dalam proses penyediaan Akaun Akhir (Final Accounts)
Bayaran dibuat setakat ini: RM1,037,880.30 (baki: RM288,353.70)
- Status Projek: Projek telah siap, dalam proses penyediaan Akaun Akhir
- Kontraktor: Rofar Vista (M) Sdn Bhd
- PROJEK: Kerja-Kerja Menaiktaraf Surau di Kem PLKN Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu
Nilai Kontrak: RM329,690.00
- Nilai Akhir Kontrak: Pihak Kontraktor belum mengemukakan Tuntutan Akhir
Bayaran dibuat setakat ini: RM205,520.70 (baki: RM124,169.30)
- Status Projek: Projek telah siap, menunggu tuntutan akhir dari kontraktor untuk penyediaan Akaun Akhir (Final Accounts)
- Kontraktor: Zea Intro Enterprise
-
Berapakah nilai sebenar projek?
Sama seperti di SUB (a)
-
Sila kemukakan butiran projek tersebut.
Sama seperti di SUB (a)