Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
183) NAIK TARAF MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci tarikh mula dan siap,jumlah,kos dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja naik taraf Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Tarikh Milik Tapak : 25 Mei 2015 Tarikh Siap : 5 Disember 2016 Jumlah Harga Kontrak : RM32,420,000.00
Kontraktor yang Dilantik : SMART RELIANCE SDN. BHD
No 16-2F, Jalan Boling Padang G 13/G, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Proses tender dibuat secara Tender Terbuka dan diiklankan di akhbar tempatan.
Tarikh iklan : 12 Februari 2015
Tarikh tutup iklan : 12 Mac 2015
Proses lantikan kontraktor dibuat secara kaedah sedia ada Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor untuk tender terbuka. Lantikan kontraktor dibuat oleh Lembaga Tender SUK.
Senarai kontraktor yang memohon seperti berikut :-
- Al-Mutiara Holdings (M) Sdn.
- Jujur Juta Sdn.
- Zaci Millenium Sdn.
- Smart Reliance Sdn.
- Teguh Amani Sdn
- Oxford Alliance Sdn.
- B & I Builder Sdn.
- Ehsan Pantas Sdn.
- Cekal Tulin Development Sdn.
- Taqi Holdings Sdn.
- Worldbay Solution Sdn.
- Iqtiqad Maju Sdn. Bhd.
- Juruwajar Sdn.
- Retrofit System Sdn.
- Koridor Padu Sdn.
Tiada pertambahan kos yang terlibat, dan masih mengikut kos harga
-
Bagaimanakah proses lantikan kontraktor dan senaraikan syarikat kontraktor yang memohon?
-
Adakah terdapat pertambahan kos untuk projek naik taraf masjid negeri?