Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
154) NAIK TARAF JALAN UTAMA KELUAR-MASUK KAMPUNG BARU BATU 11 CHERAS DAN TAMAN MURNI BATU 10 CHERAS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah peruntukan disediakan untuk menaik-taraf jalan utama keluar-masuk Kampung Baru Batu 11 Cheras yang dialami kesesakan jalan sejak beberapa tahun yang lalu?
Pihak Majlis Perbandaran Kajang mempunyai cadangan untuk menaik taraf jalan utama keluar-masuk Kg. Baru 11, Cheras bagi mengatasi masalah kesesakan jalan yang telah dialami sejak 10 tahun yang lalu. Pihak Majlis sedang menyediakan pelan ukur untuk menentukan rizab sebenar jalan tersebut bagi menaik taraf jalan keluar-masuk di jalan tersebut.
-
Adakah cadangan menaik taraf jalan utama keluar-masuk Taman Murni Batu 10 Cheras yang amat berbahaya dari segi keselamatan jalan raya dipertimbangkan?
Pihak Majlis mempunyai cadangan untuk menaik taraf jalan utama keluar-masuk Taman Murni Batu 10, Cheras bagi mempertingkatkan keselamatan jalan raya di persimpangan tersebut dan telah menyediakan spesifikasi kerja bagi menaik taraf persimpangan tersebut dengan memasang lampu isyarat. Kerja tersebut dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Ogos 2009.