Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
206) NAIK TARAF JALAN KUALA SELANGOR (HADAPAN PENJARA SG BULOH SEHINGGA BANDAR BARU SUNGAI BULOH)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf jalanraya Kuala Selangor bermula dari hadapan Penjara Sungai Buloh sehingga ke Bandar Baru Sungai Buloh?
Terdapat 3 persimpangan yang dicadangkan untuk dinaiktaraf di sepanjang jalan daripada Penjara Sungai Buloh ke Bandar Baru Sungai Buloh (Jalan FT54) iaitu Persimpangan Kubu Gajah, Persimpangan Merbau Sempak dan Persimpangan Rahidin. Status projek tersebut kini adalah proses Pengambilan Balik Tanah dan tindakan penguatkuasaan struktur haram di dalam tanah Kerajaan oleh Pejabat Daerah & Tanah Petaling. Projek tersebut dijangka bermula pada September 2025 setelah proses pengambilan balik tanah dan penguatkuasaan struktur haram diselesaikan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri membuat Road Safety Audit (RSA) dan jika ada bagaimana laporan tersebut dapat diakses?
Laporan Road Safety Audit (RSA) telah dibuat di peringkat rekabentuk bagi ketiga-tiga persimpangan tersebut. Laporan tersebut boleh dirujuk di Pejabat JKR Selangor.