Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
233) NAIK TARAF JALAN KERAYONG, JALAN AKOB, JALAN KUARI DAN JALAN ISKANDAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf jalan di atas yang teruk keadaannya sekarang?
Jalan Kerayong, Jalan Akob, Jalan Kuari dan Jalan Iskandar merupakan Jalan Negeri di bawah penyelenggaraan pihak JKR Selangor. Sebahagian Jalan tersebut telah disyaratkan kepada pemaju untuk diselenggara dan dinaiktaraf berdasarkan syarat pembangunan tepi jalan.
- Jalan Bukit Kerayong
70% kerja naiktaraf Jalan Bukit Kerayong dari Single Carriageway kepada Dual Carriageway sedang dilaksanakan oleh Pemaju Klang Realty yang dijangka siap pada tahun 2025. Manakala 30% lagi akan dilaksanakan oleh beberapa pemaju di lot bersebelahan yang dijangka mengambil masa 2 tahun untuk siap pembinaan termasuk kerja menaiktaraf jalan. Status semasa masih terdapat beberapa pemaju masih belum mula kerja pembinaan. Kerja – kerja naiktaraf ini juga melibatkan kerja – kerja lampu jalan baru dari persimpangan Jalan Kapar Ke Jalan Hj Mohammad Ikram.
2. Jalan Akob
Sebahagian jalan Akob akan dinaiktaraf oleh pemaju H&A yang dijangka siap pada Jun 2025. Pemaju dalam proses pengalihan rezab parit, crossing culvert dan pengalihan utiliti. Manakala sebahagian jalan lagi akan dinaiktaraf oleh Tetuan Ferronet Asia dan Tetuan Sinaran Seribumi yang dalam proses kerja tambakan tanah. Jangkaan siap kerja naiktaraf adalah pada Tahun 2027. Kerja naiktaraf tersebut akan dijalankan secara berfasa.
3. Jalan Bukit Kapar Kuari
Jalan Bukit Kapar Kuari akan dinaiktaraf oleh Tetuan Linx Development dan Tetuan Sinaran Seribumi. Jangkaan siap kerja adalah pada Tahun 2027.
4. Jalan Iskandar
Jalan Iskandar tidak melibatkan kerja naiktaraf jalan oleh pihak pemaju. Namun, kerja penyelenggaraan pavement di sebahagian Jalan Iskandar akan dilaksanakan oleh Pemaju Klang Reality kerana telah disyaratkan di dalam permit korekan jalan bagi kerja – kerja pemasangan paip air baru. Selain daripada itu, kerja penyelenggaraan dilaksanakan secara berkala oleh pihak JKR.
-
Bilakah kerja baik pulih akan dilaksanakan dan dijangka siap?
Kerja Baik pulih dan naiktaraf dijangka siap :
Nama Jalan Nama Pemaju Naiktaraf / Penyenggaraan Jangkaan Siap Jalan Bukit Kerayong Klang Realty Naiktaraf dari Single Carriageway kepada Dual Carriageway Tahun 2027 Jalan Akob H&A Sdn Bhd, Ferronet Asia dan Sinaran Seribumi
Naiktaraf dari Single Carriageway kepada Dual Carriageway Tahun 2027 Jalan Bukit Kapar Kuari Linx Development dan Sinaran Seribumi Naiktaraf dari Single Carriageway kepada Dual Carriageway Tahun 2027 Jalan Iskandar Klang Reality Kerja Penyelenggaraan Jun Tahun 2025