Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

382) NAIK TARAF JALAN-JALAN PLB DI DUSUN TUA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dalam usaha menaik taraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung?

    Dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB terutama jalan-jalan kampung, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) akan mengenal pasti jalan-jalan yang memerlukan penaiktarafan dan penyelenggaraan melalui aduan dan lawatan ditapak secara berterusan. PDT juga akan mengangkat permohonan peruntukan bagi kerja-kerja penaiktarafan dan pembaikan tersebut daripada beberapa sumber seperti pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan lain-lain memandangkan PDT tiada peruntukan tersendiri bagi kerja-kerja penaiktarafan dan pembaikan tersebut.

  2. Apakah terdapat cadangan menambah peruntukan bagi menaik taraf jalan-jalan PLB ini?

    Cadangan penambahan peruntukan dalam usaha menaiktaraf jalan-jalan PLB adalah merupakan diluar bidang kuasa PDT.

Lampiran

Tiada Lampiran.