Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

163) NAIK TARAF INFRASTRUKTUR SUKAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pada sesi DUN yang lalu, EXCO belia & sukan dibawah majlis sukan negeri telah mengadakan program naik taraf dan pembaikan infrastruktur sukan awam. Apakah program ini akan diteruskan dan berapa jumlah peruntukan pada tahun 2024?

    Bagi memastikan kemudahan sukan di semua peringkat berada dalam keadaaan baik dan selamat untuk digunakan, Kerajaan Negeri akan memantau dan menguruskan semua program Menaiktaraf, Membaikpulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan. Bagi tahun 2024 Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM1,000,000.00 bagi tujuan program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.