Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

84) NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL YANG ROSAK

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat had permohonan bagi tujuan baik pulih gelanggang futsal yang telah uzur bagi setiap DUN?

    Merujuk kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 8/2022 yang diadakan pada 30 Mac 2022 yang telah disahkan oleh MMKN ke 9/2022 pada 6 April 2022, MMKN telah bersetuju memutuskan perkara seperti berikut:

    1.Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan sedia ada dengan had maksimum sebanyak RM100,000.00 kecuali melibatkan kos baikpulih padang bolasepak dengan had sehingga RM250,000.00

    2.Projek Membina Baru Infrastruktur Sukan dengan had maksimum sebanyak RM200,000.00 kecuali melibatkan kos membina baru padang bolasepak dengan had sehingga RM250,000.00

    3. Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan di bawah Persatuan Sukan terlibat dengan Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) berjumlah RM1,000,000.00 dengan syarat kemudahan tersebut juga dibuka kepada orang awam untuk digunakan.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan kepada PBT bagi tujuan baik pulih prasarana seperti gelanggang futsal ini?

    Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri ke 6/2021 yang diadakan pada 17 Februari 2021 yang telah disahkan oleh MMKN ke 7/2021 pada 24 Februari 2021 telah meluluskan Pelaksanaan Projek Menaiktaraf, Membaikpulih dan Membina Baru Infrastruktur Sukan di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor.

    Justeru itu, tiada saluran peruntukan kepada pihak PBT bagi membaikpulih prasarana seperti gelanggang futsal kerana Majlis Sukan Negeri Selangor yang akan melaksanakan kerja baikpulih tersebut selaras dengan keputusan MMKN.

    Walau bagaimanapun, pihak PBT turut menyediakan peruntukan di peringkat PBT untuk membaikpulih dan menyelenggara kemudahan sukan di PBT kawasan masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.