Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
270) NAIK TARAF FASILITI EKO PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menaiktaraf fasiliti eko pelancongan dan agro pelancongan di DUN Semenyih menjelang Tahun Melawat Selangor 2025?
Untuk makluman terdapat geotapak Geopark Gombak – Hulu Langat (GHLGp) yang berada di DUN Semenyih seperti Taman Eko Rimba Sungai Tekala, dan juga Kolam Air Panas Sungai Lalang.
Permohonan naik taraf produk pelancongan (2024) yang telah dihantar kepada pihak UPEN melalui MPKJ dan juga Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat . Badan Pengurusan Geopark Gombak – Hulu Langat (GHLGp) juga sedang membuat penilaian bagi menaik taraf terutama sekali barkaitan papan tanda/ booth informasi bagi ke semua geotapak dalam GHLGP.
Bagi agro pelancongan, pihak JPM dan Jabatan Perlesenan & Penjaja dalam proses membantu pengusaha-pengusaha yang mengusahakan agro pelancongan untuk mendapatkan lesen aktiviti mereka dan seterusnya membantu mempromosi produk-produk tersebut dengan sokongan Tourism Selangor dan MOTAC
-
Apakah langkah pencegahan & keselamatan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor terhadap aktiviti mendaki khasnya di Bukit Broga yang telah meragut nyawa seorang pendaki remaja berusia 16 tahun baru-baru ini?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah mengambil langkah pencegahan dengan menggalakkan pendaki untuk mendapatkan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) sebagai Jurupandu. MGP berperanan dalam melaksanakan tindakan awal sekiranya berlaku sebarang insiden kemalangan atau kecemasan semasa aktiviti pendakian dijalankan. Selain itu, JPNS turut melaksanakan pemantauan dan rondaan secara berkala di lokasi-lokasi pendakian untuk mencegah aktiviti pendakian tanpa kebenaran serta papan tanda amaran turut dipasang bagi tujuan pemakluman dan hebahan.