Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
64) NAIK TARAF DEWAN SERBAGUNA MBSJ SERI KEMBANGAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah projek naik taraf Dewan Serbaguna MBSJ Seri Kembangan dalam masa 3 tahun ini?
MBSJ akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Dewan Seri Kembangan pada tahun 2025 di mana skop kerja adalah seperti berikut:
i) Naiktaraf serta mengecat dinding dalam dan luar
ii) Pembaikan bumbung, siling dan gutter
iii) Naik taraf lantai gelanggang
iv) Naik taraf pintu lobi dewan
v) Pembinaan tandas OKU
vi) Menaik taraf sistem penyaman udara
-
Berapa peruntukan telah digunakan dan sila nyata sumber setiap peruntukan.
Kos bagi menaik taraf Dewan Seri Kembangan adalah berjumlah RM680,000.00 dan menggunakan peruntukan Majlis yang telah diluluskan dalam mesyuarat Pelan Operasi Bajet Tahunan 2025.
-
Apakah rancangan seterusnya bagi Dewan Serbaguna ini demi memenuhi permintaan yang semakin tinggi di kalangan penduduk?
Dewan Serbaguna MBSJ Seri Kembangan boleh diperluaskan dengan menjadikannya sebagai one stop centre yang lebih baik bagi semua aktiviti kemasyarakatan dan komuniti terutamanya program komuniti dan sukan.