Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

131) NAIK TARAF BUKIT CHANGKAT ASA SEBAGAI KAWASAN REKREASI DAN PELANCONGAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sama ada Kerajaan Negeri mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan Bukit Changkat Asa sebagai tarikan rekreasi dan pelancongan yang unggul di Hulu Bernam.

    Berdasarkan semakan didapati Bukit Changkat Asa berada di tanah milik persendirian. Oleh yang demikian untuk memajukan kawasan berkenaan sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan adalah diluar bidang kuasa MPHS. Namun pihak MPHS akan berbincang dan akan membantu jika pemilik tanah ingin membangunkan kawasan berkenaan sebagai kawasan pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.