Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

88) MYSEL

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. MySel ditubuhkan demi membantu dalam masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh rakyat Selangor. Senaraikan jumlah kes yang diterima dan bilangan kes permohonan yang berjaya mendapat kelulusan mengikut kaum dan kategori permohonan setiap tahun sejak penubuhannya.

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali

    Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Kubu Baharu, Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel telah ditubuhkan pada tahun 2008 bagi membantu menangani permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negeri Selangor khususnya dalam mendapatkan dokumen pengenalan diri. Pada masa ini, terdapat dua (2) orang pegawai yang bertugas di Unit MySel.

    Bilangan permohonan diterima di bawah Program MySel sejak bulan September 2018 sehingga Oktober 2024 adalah sebanyak 6,419 kes dengan 2,437 kes telah berjaya mendapat kelulusan dan diselesaikan. Statistik permohonan kes yang diterima dan berjaya diselesaikan mengikut kaum dan kategori bagi tahun 2018 – Oktober 2024 adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di Lampiran. Walau bagaimanapun, permohonan kes di bawah program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini tidak dipecahkan mengikut DUN dan terbuka kepada seluruh rakyat di negeri Selangor. Justeru, tiada perincian data mengikut DUN.

  2. Senaraikan jumlah permohonan mengikut kategori di DUN Kuala Kubu Baharu dan jumlah kelulusan mengikut kaum bagi tahun 2020,2021,2022,2023 dan 2024.