Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

95) MYSEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk mengembangkan program MySel kepada setiap DUN supaya sekurang-kurangnya seorang pegawai bagi setiap DUN yang dapat membantu penduduk yang mengalami masalah kewarganegaraan?

    Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Seri Kembangan sebagaimana yang diajukan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri setakat ini tiada perancangan khusus untuk mengembangkan kuota pelantikan kakitangan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel kepada setiap DUN bagi membantu penduduk yang mengalami masalah dokumen pengenalan diri. Untuk makluman yang Berhormat, daripada pencapaian dan pengurusan kakitangan sedia ada seramai tiga (3) orang yang telah dilantik, Kerajaan Negeri berpandangan tenaga kerja bagi pelaksanaan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel adalah memadai dan tiada keperluan untuk ditambah kepada setiap kawasan DUN.

     

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asal & Minoriti serta Unit Mysel sentiasa proaktif dalam mencari solusi terbaik, kaedah pelaksanaan baharu yang lebih efisien serta penggunaan media sosial dan digital yang akan diperhebatkan lagi bagi memastikan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel ini akan lebih dikenali demi menjaga kebajikan rakyat Selangor khususnya. Secara tidak langsung, melalui Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel mereka dapat membina kehidupan baru secara normal dengan membuang pandangan prejudis terhadap mereka. Program ini sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri dalam keprihatinan terhadap setiap rakyat Selangor untuk menikmati manfaat dalam program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) mengikut kelayakan masing-masing.

     

    Unit Mysel telah melaksanakan dan menggunakan pelbagai kaedah hebahan berhubung manfaat program ini dan mendekati rakyat melalui pengedaran flyers dan sesi penerangan kepada setiap DUN. Unit Mysel telah membuat kerjasama yang rapat bersama Pusat Khidmat Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti Kaum India (KKI) setempat serta rumah – rumah ibadat dalam mencari rakyat-rakyat Negeri Selangor yang terpinggir untuk mendapatkan dokumen-dokumen pengenalan diri. Taklimat dan sesi penerangan ini diadakan secara giliran di setiap DUN dengan membuka booth pertanyaan. Kaedah ini terbukti berkesan dengan peningkatan kes – kes yang diterima dan berjaya diselesaikan oleh Pegawai Mysel.

     

    Statistik permohonan yang telah berjaya di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel dari tahun 2021, 2022 dan 2023 adalah seperti berikut :-

    TAHUN

    PERMOHONAN DITERIMA

    PERMOHONAN BERJAYA

    2021

    455

    156

    2022

    911

    378

    2023

    (sehingga September 2023)

    1,326

    584

Lampiran

Tiada Lampiran.