Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

51) MYSEL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah permohonan kewarganegaraan, sijil lahir dan kad pengenalan dalam program MYSEL sepanjang tahun 2023?

    Soalan (a), (b) dan (c) akan dijawab bersekali.

    Sejak Januari 2023, bilangan permohonan yang diterima di bawah pelaksanaan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel adalah sebanyak 1,326 dan bilangan kes yang berjaya diselesaikan adalah sebanyak 584. Jenis kes-kes yang diproses adalah seperti permohonan kewarganegaran, sijil kelahiran, kad pengenalan merah, anak angkat dan isu-isu Imigresen. Butiran terperinci adalah seperti di Lampiran.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ditubuhkan untuk memudahcara permohonan dengan memberi panduan serta saluran yang betul kepada pemohon bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri khususnya kepada rakyat di negeri Selangor. Segala permohonan adalah tertakluk kepada prosedur dan syarat semasa di bawah bidang kuasa beberapa pihak seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehubungan dengan itu, kebanyakan permohonan yang gagal di bawah program ini adalah berdasarkan beberapa faktor. Faktor utama yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

    1. Tidak menepati syarat kelayakan semasa;
    2. Tidak mempunyai dokumen sokongan yang lengkap; dan
    3. Tempoh permohonan melepasi tarikh akhir yang ditetapkan.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mencari solusi terbaik serta memperbaharui kaedah pelaksanaan sedia ada kepada yang lebih efisien bagi memastikan kelancaran Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel.

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui pelaksanaan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel tidak mempunyai sebarang masalah yang besar melibatkan urusan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Malahan, kedua –  dua pihak saling bekerjasama dalam membantu setiap urusan permohonan dalam lingkungan kerja masing – masing. Tidak dinafikan, kadangkala terdapat beberapa perkara di bawah Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel yang perlu diberi perhatian khusus oleh KDN. Namun, perkara ini dapat diselesaikan dengan cara terbaik oleh kedua – dua belah pihak. Tambahan pula, Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi penggal yang baharu kali ini adalah di bawah Pentadbiran yang sama. Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan penyelesaian terbaik dalam setiap urusan melibatkan kerjasama jabatan – jabatan kerajaan yang lain agar proses kerja menjadi lebih lancar dan teratur. Dalam pada itu, jika berkeperluan, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan satu sesi libat urus secara langsung dengan jabatan atau pihak berkenaan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul di peringkat masing – masing jika melibatkan permohonan yang masih daam status siasatan.

  2. Berapa permohonan berjaya daripada jumlah pemohon?

  3. Jika tidak berjaya, apakah sebab utama?

Lampiran

Tiada Lampiran.