Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
266) MYSEL
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan isu dan masalah kewarganegaraan merupakan satu isu penting untuk rakyat Malaysia, sila senaraikan laporan kerja program MySel sejak 2018 sehingga kini.
Untuk makluman Yang Berhormat Bandar Utama, Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel (Mysel) ini mula bergerak secara aktif pada tahun 2016 dengan bertujuan khusus untuk membantu masyarakat yang menetap di Negeri Selangor bagi mendapatkan dokumen – dokumen peribadi / asas / penting seperti dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan, sijil kelahiran dan kad pengenalan serta menyelesaikan permasalahan anak – anak yang tidak mempunyai surat beranak akibat daripada sindiket perkahwinan di sempadan termasuklah kegagalan ibu bapa untuk mendaftar kelahiran anak – anak mereka di atas sebab – sebab tertentu.
Bagi sesi baharu 2022 sehingga 2024, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin telah bersetuju melanjutkan perkhidmatan dua (2) orang pegawai sedia ada bagi mengendalikan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel sebagaimana butiran di bawah:
Pegawai Mysel yang dilantik adalah berperanan dalam merancang, menyelaras dan menyediakan dokumen – dokumen dan keperluan berkaitan dan memastikan setiap permohonan yang dikemukakan kepada agensi dan jabatan berkenaan adalah lengkap dan teratur. Pegawai juga bertanggungjawab memastikan program Pusat Dokumen Pengenalan Diri Mysel ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat dimanfaatkan oleh setiap rakyat di Negeri Selangor.
Di sepanjang tahun 2018 sehingga kini, Program Dokumen Pengenalan Diri Mysel telah menerima sebanyak 3,724 permohonan dokumen pengenalan diri. Daripada jumlah keseluruhan permohonan tersebut, sebanyak 695 permohonan telah berjaya diselesaikan. Berikut adalah perincian maklumat permohonan tersebut :
-
Adakah terdapat sebarang penambahbaikan yang telah dilakukan untuk program MySel?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin dan Pegawai Mysel yang dilantik sentiasa proaktif dalam mencari solusi terbaik serta kaedah baru yang lebih efisien bagi memastikan Program Mysel ini akan lebih diketahui oleh rakyat Selangor khususnya. Penggunaan media sosial dan digital akan diperhebatkan lagi bagi mempromosikan program Mysel demi menjaga kebajikan rakyat Selangor khususnya. Secara tidak langsung, melalui Program Mysel mereka dapat membina kehidupan baru secara normal dengan membuang pandangan prejudis terhadap mereka. Program ini sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri dalam keprihatinan terhadap setiap rakyat Selangor untuk menikmati manfaat dalam program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) mengikut kelayakan masing-masing.
Pegawai – pegawai Mysel telah melaksanakan dan menggunakan pelbagai kaedah hebahan berhubung manfaat program ini dan mendekati rakyat melalui pengedaran flyers, sesi penerangan dan secara “walk in” ke setiap DUN. Pengedaran flyers ini disusuli dengan sesi penerangan daripada Pegawai Mysel dengan kerjasama dan komitmen rapat bersama Pusat Khidmat Masyarakat, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Komuniti Kaum India (KKI) setempat serta rumah – rumah ibadat. Taklimat dan sesi penerangan ini diadakan diadakan secara giliran di setiap DUN dengan membuka booth pertanyaan. Ini terbukti dengan peningkatan kes – kes yang diterima dan berjaya diselesaikan oleh Pegawai Mysel.