Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

271) MYRADHAAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan kad myradhaah yang telah dibuka pada tahun 2018?

    Perkhidmatan pendaftaran ibu dan anak susuan telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin bin Shari pada 19 November 2018 di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan kad identiti khas yang dinamakan Kad MyRadha’ah. Ia merupakan perkhidmatan pertama diperkenalkan di negara ini dan JAIS menjadi rujukan pelbagai agensi mengenai perkhidmatan pendaftaran dan pengenalan anak dan ibu susuan. JAIS turut melantik 3 agensi iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Selangor (LPPKN) dan Pusat Laktasi Kebangsaan (PLK) sebagai Sahabat Radha’ah bagi membantu menyampaikan maklumat dan kesedaran mengenai susuan dan pendaftaran Kad MyRadha’ah. Untuk kelangsungan keabsahan perkhidmatan yang berterusan, JAIS juga melantik 11 pakar Perunding Radhaáh yang berperanan membantu memberikan khidmat nasihat berkaitan radhaáh.

    Seiring perkembangan dunia, untuk kecepatan masa, praktis dan tepat, serta pengisytihatan Selangor sebagai negeri digital, Sistem My MyRadha’ah telah dilancarkan pada 28 September 2023 oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Syarahan Dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Perkhidmatan MyRadha’ah melalui https://myradhaah.jais.gov.my telah dibuka sepanjang 7 hari 24 jam seminggu melalui sistem ini.  Urusannya dipermudahkan dengan mekanisma permohonan atas talian dan boleh diekses oleh semua umat Islam seluruh negara.

    Usaha-usaha promosi pendaftaran maklumat susuan melalui Kad MyRadha’ah sentiasa diteruskan dari semasa ke semasa melalui program penerangan di masjid-masjid sebelum solat Jumaat, edaran flyers ke jabatan-jabatan kerajaan dan inforgafik. Selangor juga menerima kunjungan lawatan kerja berkaitan radh’ah dari :

    1. Jabatan Agama Islam Sarawak
    2. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
    3. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu

    Statistik permohonan  pendaftaran maklumat ibu susuan dan anak susuan melalui Kad MyRadha’ah adalah seperti berikut:

     

    BIL. TAHUN JUMLAH
    1 2018 9
    2 2019 55
    3 2020 17
    4 2021 19
    5 2022 22
    6 2023* 31

    JUMLAH

    153

    *Nota – Statistik sehingga September 2023

Lampiran

Tiada Lampiran.