Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
193) MUZIUM
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah muzium dan pusat warisan yang terdapat di Negeri Selangor mengikut kategori dan lokaliti sehingga tahun 2008?
- Jumlah Muzium yang terdapat di negeri Selangor sehingga tahun 2008 mengikut kategori dan lokaliti adalah seperti berikut :-
- Di bawah Pentadbiran dan Pengurusan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
BIL MUZIUM LOKASI 1. MUZIUM SULTAN ALAM SHAH PERSIARAN BANDARAYA, SHAH ALAM
2. MUZIUM SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR
BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR
3. MUZIUM PERMAINAN TRADISIONAL RAKYAT KUALA SELANGOR
BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR
4. MUZIUM PERTANIAN DAN PERIKANAN DAERAH SABAK BERNAM
JALAN PASAR, SABAK BERNAM
5. MUZIUM INSITU JUGRA KG. PERMATANG PASIR, KUALA LANGAT
6. GEDUNG RAJA ABDULLAH KLANG - Lain-lain Muzium/Galeri mengikut kategori dan lokaliti adalah seperti berikut:-
BIL MUZIUM LOKASI STATUS PENGURUSAN 1. GALERI SHAH ALAM PERSIARAN TASIK, SHAH ALAM
YAYASAN SENI SELANGOR
2. GALERI SENI UITM FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA, UITM SHAH ALAM. UITM SHAH LAM 3. GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ
BANGUNAN SULTAN SULEIMAN, KLANG
ISTANA 4. MUZIUM FRIM (PERHUTANAN)
KEPONG FOREST RESEARH INSTITUT OF
MALAYSIA
5. MUZIUM HAL EHWAL ORANG ASLI
JALAN PAHANG, GOMBAK
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
6. MUZIUM ORANG ASLI DESA TEMUAN BUKIT
LANJAN
DAMANSARA PERDANA, PETALING JAYA
PERSENDIRIAN 7. GALERI SATAY BANDAR KAJANG MAJLIS PERBANDARAN
KAJANG
8. MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL
LITAR ANTARABANGSA SEPANG
JABATAN MUZIUM MALAYSIA
9. MUZIUM PETALING JAYA TAMAN JAYA, PETALING JAYA
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
- Jumlah tapak warisan yang terdapat di negeri Selangor sehingga tahun 2008 mengikut kategori dan lokaliti adalah seperti di lampiran ‘2’ yang disertakan.
-
Berapakah jumlah kos penyelenggaraan muzium tersebut dari 2005-2008?
Jumlah kos penyelenggaraan muzium dari tahun 2005 hingga 2008 adalah seperti
berikut:-
i. Tahun2005 – RM100,267.00
ii Tahun 2006 – RM70,250.41
iii. Tahun 2007 – RM100,961.50
iv. Tahun 2008 – RM43,785.93
JUMLAH KESELURUHAN : RM315,264.84
-
Apakah rancangan atau insentif Kerajaan Negeri untuk pemuliharaan bangunan- bangunan warisan bersejarah di Negeri Selangor?
Antara rancangan atau insentif kerajaan Negeri untuk pemuliharaan bangunan warisan di negeri Selangor adalah seperti berikut :-
- Kerja-kerja Konservasi dan Naik taraf Bangunan Gedung Raja Abdullah, Klang dan Istana Bandar, Kuala Langat yang kini sedang dilaksanakan. Kerja-kerja ini dijalankan dengan kerjasama daripada Jabatan Warisan Malaysia. Tarikh perlaksanaan kerja-kerja ini adalah pada 24 Oktober 2008 yang lalu dan dijangka siap pada 16 Julai, 2009.
- Selain itu, Kerajaan Negeri juga pernah mencadangkan untuk mewujudkan di setiap daerah satu Taman Warisan. Antaranya adalah seperti berikut :-
Taman Warisan Klang
- Satu kertas cadangan telah dikemukakan oleh YDH Orang Besar Daerah Klang bagi mewujudkan satu Taman Warisan Klang yang meliputi ciri-ciri dan mercu tanda daerah Klang.
Taman Warisan Kuala Selangor
- Bukit Malawati merupakan kawasan bersejarah yang penting di negeri Selangor. Oleh yang demikian, penambahbaikan terhadap kemudahan dan infrastruktur di kawasan tersebut sebagai salah satu pusat pelancongan di Selangor perlu diutamakan dan dipertingkatkan.