Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
178) MURTAD DAN MUALAF
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik umat Islam yang telah dimurtadkan mengikut daerah di Negeri Selangor?
Buat masa ini tiada kes umat Islam yang telah dimurtadkan di Negeri Selangor.
-
Berapa ramaikah bilangan mualaf yang telah murtad sejak tahun 2013 hingga Januari 2015 mengikut pecahan daerah di negeri Selangor?
Terdapat seorang sahaja muallaf yang telah diisytiharkan bukan lagi seorang Islam oleh Mahkamah Syariah pada tahun 2014 dan tiada kes bagi tahun 2013 dan 2015. Pengisytiharan bukan Islam melibatkan kes pengislaman yang berlaku di luar Malaysia.